Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

MAIS Lancar Sistem SISWA, Inovasi Baru Urus Wasiat Dan Hibah Atas Talian Secara Mudah Dan Pantas

syafiq halim

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah membuat pelaksanaan inovasi baru dengan melancarkan Sistem Wasiat dan Hibah (SISWA) bagi memudahkan masyarakat Islam menguruskan wasiat dan hibah secara mudah dan pantas melalui atas talian di https://siswa.mais.gov.my.

Pelancaran SISWA disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Hi-Tea Bersama Pengamal Media Dan Pelancaran Sistem Wasiat Dan Hibah MAIS Bagi Tahun 2022 di sini hari ini sempena Kempen Bulan Kesedaran Wasiat dan Pusaka Negeri Selangor.

Sebagai badan mengelola Baitulmal, MAIS sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi tempat rujukan utama dalam pengurusan harta orang Islam.

SISWA ialah sebuah sistem yang dibangunkan oleh MAIS merangkumi perkhidmatan pengurusan wasiat dan pengurusan hibah bagi masyarakat Islam membuat permohonan wasiat dan hibah secara mudah dan pantas.

Melalui sistem ini, MAIS telah menaik taraf sistem e-Wasiat sedia ada kepada satu sistem baharu dengan menggabungkan dua elemen penting dalam perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah dalam satu sistem pintar.

Menariknya, melalui SISWA permohonan dan kelulusan akan diuruskan 100% secara dalam talian selain menawarkan penggunaan Electronik Know Your Customer (EKYC) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sepertimana yang dilaksanakan oleh institusi-institusi kewangan di negara ini.

Selain itu, SISWA juga menggunakan tandatangan digital yang tertakluk di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 dan pengesahan transaksi oleh pemohon, dilakukan secara One-Time Password (OTP).

Sehingga kini, MAIS telah menerima dan menguruskan sebanyak 3,196 permohonan wasiat dan hibah. Manakala bagi tahun 2022, MAIS mensasarkan seramai 6,000 orang yang akan mendaftar SISWA bagi pengurusan wasiat dan hibah mereka.

MAIS berharap agar SISWA dapat memberi kemudahan baharu kepada masyarakat Islam dalam usaha membantu dan merancang pembahagian harta dengan lebih bijaksana dan sistematik bagi mengelakkan isu dan pertikaian harta pusaka di kalangan waris-waris di kemudian hari kelak.

Melalui Kempen Bulan Kesedaran Wasiat dan Pusaka Negeri Selangor yang diadakan bermula 1 Jun sehingga 30 Jun 2022. Pelbagai aktiviti telah disusun antaranya Bicara Wasiat dan Pusaka, Seminar Wasiat dan Pusaka, Program Bual bicara di Radio IKIM dan Klasik FM, pengisian di kuliah-kuliah khas dan pembukaan kaunter informasi berkaitan Wasiat dan Pusaka di masjid dan surau terpilih di Negeri Selangor. Info lanjut berkaitan wasiat, hibah dan pusaka boleh didapati di laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my atau menghubungi talian 03-5514 3773/3772.

Sementara itu di majlis ini, MAIS turut meraikan agensi pengamal media sebagai satu penghargaan dan meraikan para pengamal media sepanjang tahun 2021 yang telah memberi kerjasama yang cemerlang dalam membuat liputan berita MAIS meliputi kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa MAIS.

Antara penerima penghargaan ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Radio Television Malaysia (RTM), Media Selangor, TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Media Prima, Kosmo, Radio IKIM, Karangkraf, Malaysian Gazette, Kelab Blogger Ben Ashaari dan sebagainya.

MAIS berharap komitmen dan hubungan baik di antara MAIS dan rakan-rakan media terus dapat ditingkatkan dan dikekalkan.

Turut hadir ialah Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Baitulmal MAIS; Prof. Madya Dr. Mohamad Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM; Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS; Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor KUIS; Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, JPSS dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar. Setiausaha MAIS.