Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
SELAT HORMUZ
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

Malaysia Hubungi Iran Minta Laluan Selat Hormuz Tidak Ditutup – Mohamad

Hannah

Malaysia Hubungi Iran Minta Laluan Selat Hormuz Tidak Ditutup – Mohamad

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghubungi rakan sejawatnya dari Iran Seyyed Abbas Araghchi dalam masa terdekat untuk meminta supaya laluan penting bagi eksport minyak dan gas asli cecair (LNG) di Selat Hormuz tidak ditutup.

Beliau berkata sekiranya ditutup, ia boleh mengakibatkan laluan untuk perdagangan minyak daripada rantau Timur Tegah terganggu sekali gus menyebabkan kekurangan bekalan minyak dunia dan melonjakkan harga pasaran global.

“Terdapat ura-ura pihak Iran mungkin menutup laluan bekalan di Selat Hormuz yang menjadi pintu masuk sempadan Iran-Oman, tindakan ini berpotensi menjejaskan rantaian bekalan minyak global.

“Ini akan mencetuskan perkara yang amat merumitkan dunia kerana bekalan minyak banyak datang dari kawasan berkenaan terutama dari Iran dan Qatar … saya akan cuba berhubung dengan rakan sejawat saya daripada Iran malam ini atau esok … ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras Empat Peringkat Tahun 2025 di Dewan Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata Malaysia memahami kedudukan dan keadaan Iran yang agak tertekan ketika ini, namun negara itu perlu mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat antarabangsa dan perdagangan global.

Pasaran global kini memantau rapat perkembangan di Selat Hormuz, susulan kebimbangan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran boleh menjejaskan trafik perkapalan di laluan sempit itu.

Anadolu Ajansi melaporkan Selat Hormuz yang terletak di antara Teluk Parsi dan Teluk Oman, adalah laluan laut penting dengan kira-kira satu pertiga daripada perdagangan minyak global, iaitu 17 hingga 20 juta tong minyak mentah dan kondensasi, melalui laluan itu setiap hari.

Kira-kira 70 peratus daripada jumlah itu dihantar ke Asia termasuk China, Jepun, India, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Pakistan, dan Filipina, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Dalam pada itu, Mohamad berkata Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan supaya rakyat Malaysia di Iran, Iraq, dan Jordan menghubungi kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

Semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan berjaya dihubungi dan diberikan arahan sewajarnya termasuk jika perlu dipindahkan ke lokasi lebih selamat.

“Apa yang menjadi kekangan ialah rakyat Malaysia yang enggan mendaftar dan ini menyukarkan kita untuk menghubungi serta memberi bantuan jika berlaku kecemasan,” katanya.

Mengenai persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York bagi membincangkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin Mohamad berkata beliau difahamkan persidangan ini ditangguhkan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan menghantar wakil ke persidangan itu biarpun Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada kerajaan di seluruh dunia supaya tidak menghadiri persidangan itu.

Dilaporkan, Perancis dan Arab Saudi adalah penganjur utama persidangan berkenaan, dengan Paris dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengiktiraf Palestin secara unilateral.

BACA: 8 Terbunuh, Lebih 130 Cedera Dalam Serangan Iran Ke Atas Israel

Sumber: BERNAMA