Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Malaysia Terajui Penggunaan Dompet Mudah Alih – Tinjauan

Athirah

Malaysia Terajui Penggunaan Dompet Mudah Alih – Tinjauan

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan itu untuk membeli belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.

Ini adalah kadar penggunaan tertinggi di seluruh dunia, menurut Adyen Index 2024, tinjauan berasaskan laporan runcit daripada lebih 38,000 pembeli serta 13,000 peniaga di 26 pasaran termasuk lebih 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di Malaysia, yang dijalankan mulai 15 Januari hingga 1 Februari 2024.

Adyen berkata pengguna Malaysia sedang beralih daripada dompet fizikal, dengan 41 peratus kini bergantung pada penyelesaian berdaya mudah alih seperti sentuh untuk bayar.

“Pembeli Malaysia cenderung kepada kaedah pembayaran yang cepat dan mudah, merangsangkan lagi permintaan bagi pengalaman dalam kedai yang diperkemas seperti kiosk serta pembayaran satu klik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai populariti urus niaga sosial dalam kalangan pengguna, indeks itu menunjukkan bahawa 73 peratus rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk membeli-belah, jauh lebih tinggi daripada purata global sebanyak 44 peratus.

“Rakyat Malaysia juga membeli-belah di platform itu kira-kira enam kali sebulan,” kata Adyen.

Firma penyelidikan itu juga mendapati bahawa golongan milenial berkemungkinan menjadi pengguna pembeli terbesar di platform media sosial berbanding mana-mana kumpulan umur lain, dengan 80 peratus mengaku telah membuat transaksi dalam 12 bulan lalu.

Pengguna Gen Z mencatat pertumbuhan terbesar, daripada semua pengguna Gen Z yang telah membeli-belah di media sosial sejak 12 bulan lepas, 17 peratus adalah pembeli kali pertama.

Menyedari potensi pertumbuhan itu, perniagaan telah menyesuaikan diri dengan strategi agar sejajar dengan pilihan pelanggan yang semakin berkembang, kata Adyen.

“Sebanyak 73 peratus peruncit Malaysia melaporkan pertumbuhan hasil selepas terlibat dengan perdagangan sosial,” katanya.

Berdasarkan tinjauan itu, 45 peratus pengguna turut menyatakan kesetiaan kepada peruncit yang memudahkan pembelian terus melalui platform media sosial, menekankan keperluan untuk pengalaman pelbagai saluran yang lancar dalam memupuk kesetiaan pelanggan.

Pengurus Negara Adyen Malaysia, Soon Yean Lee, berkata penemuan baru-baru ini mendedahkan peralihan ketara ke arah pembayaran digital serta perdagangan sosial dengan pengguna Malaysia menerajui trend global dalam penggunaan dompet mudah alih.

“Untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mengekalkan daya saing, perniagaan mesti lincah dalam memenuhi keutamaan penggunaan yang berubah-ubah ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA