Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Gambar : Google

Malaysia Tuan Rumah APEC 2020, Jepun Beri Sokongan Padu

Sha Rossa

Kuala Lumpur : Jepun akan menyokong penuh Malaysia sebagai tuan rumah sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020, menerajui proses APEC ke arah menuju wawasan baharu untuk 21 negara anggota, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka.

Berucap pada sambutan ulang tahun ke-60 Maharaja Naruhito, di kediamannya di sini Khamis, beliau berkata sejak sekian lama Jepun dan Malaysia saling menyokong antara antara satu sama dan akan diteruskan kerana kedua-dua negara mempunyai agenda penting pada tahun ini.

“Obor Olimpik musim panas akan kembali ke Tokyo pada buat kali pertama dalam tempoh 56 tahun. Kami mahu semua pelawat menyaksikan bagaimana Jepun pulih daripada kesan gempa bumi yang melanda pada 2011,” katanya.

Jepun menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Tokyo bermula 24 Julai hingga 9 Ogos.

Utusan yang tiba di sini November lalu berkata persahabatan yang kukuh telah terjalin sejak Malaysia merdeka dalam pelbagai bidang termasuk infrastruktur, pendidikan dan pembangunan kapasiti manusia serta keselamatan maritim.

Oka berkata di bawah Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan pada 1982 dan diberi nafas baharu pada 2018, menyaksikan lebih 17,000 rakyat Malaysia mengintai peluang pendidikan tinggi dan latihan di Jepun.

“Di samping itu, lebih 1,400 perniagaan Jepun beroperasi di Malaysia, mewujudkan 340,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya, dalam aspek infrastruktur, Jepun membantu pembinaan terowong bawah tanah terpanjang di Asia Tenggara untuk menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor di bawah projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang siap bulan lalu.

Keselamatan maritim juga antara bidang kerjasama utama antara kedua-dua negara.

Jepun, katanya, menyokong peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejak penubuhannya pada 2005 dengan menyediakan aset dan membantu pembangunan kapasiti manusia.

Oka berkata Jepun juga telah bekerjasama dengan Malaysia, Singapura dan Indonesia selama lebih 50 tahun, menyumbang kepada keselamatan perairan di Selat Melaka dan kawasan bersempadanan.

Sumber : Bernama