Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Man City Didapati Bersalah Dalam 114 Pertuduhan Kewangan, Ini Hukuman Yang Mungkin Menanti

Man City Didapati Bersalah
Kredit: AFP

Manchester City didapati bersalah dalam 114 daripada 115 pertuduhan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dihadapi kelab itu berkaitan pelanggaran peraturan kewangan.

Menurut laporan The Athletic pada Jumaat, sebarang hukuman terhadap Manchester City masih belum diputuskan dan kelab berkenaan dijangka mengemukakan rayuan.

Keputusan pendengaran bebas yang bermula lebih dua tahun lalu itu berpotensi memberi kesan besar kepada bola sepak England.

Man City didapati bersalah

Legasi era penuh kejayaan Manchester City kini menjadi perhatian susulan dakwaan bahawa pencapaian kelab itu dibina menerusi ketidakpatuhan terhadap peraturan kewangan.

Manchester City didakwa oleh EPL pada 2023 selepas siasatan terhadap dakwaan pelanggaran peraturan yang berlaku antara 2009 hingga 2018.

Kelab yang sejak awal menafikan segala dakwaan itu dituduh gagal memberikan maklumat kewangan yang tepat serta butiran pembayaran kepada pemain dan jurulatih, selain melanggar peraturan kelestarian kewangan.

Di bawah pemilikan Sheikh Mansour, yang mana Abu Dhabi United Group miliknya mengambil alih kelab tersebut pada 2008, Manchester City muncul sebagai antara kuasa dominan dalam bola sepak England.

Kredit: AFP

Sepanjang 15 tahun lalu, mereka telah memenangi lapan kejuaraan EPL, empat Piala FA, tujuh Piala Liga dan satu Liga Juara-Juara UEFA.

Punca awal timbulnya syak wasangka adalah daripada dokumen bocor yang diterbitkan media Jerman, Der Spiegel pada 2018.

E-mel yang didakwa dihantar antara pegawai tertinggi Manchester City menunjukkan kelab itu didakwa telah meningkatkan nilai pendapatan penajaan daripada syarikat penerbangan Etihad dan syarikat telekomunikasi Etisalat yang dikawal kerajaan Abu Dhabi dengan menyamarkan pelaburan langsung daripada Abu Dhabi United Group milik Mansour sebagai pendapatan.

Dokumen lain pula didakwa menunjukkan pembayaran yang tidak direkodkan secara rasmi kepada pengurus ketika itu, Roberto Mancini menerusi bayaran perundingan daripada sebuah kelab di Abu Dhabi.

Hukuman yang menanti

Hukuman yang boleh dikenakan terhadap Manchester City termasuk pemotongan mata yang besar dan berkemungkinan penyingkiran daripada EPL, namun setakat ini sebarang bentuk hukuman masih belum diputuskan.

Everton dan Nottingham Forest masing-masing pernah dikenakan pemotongan mata pada musim 2023/24 atas satu pelanggaran peraturan keuntungan dan kelestarian.

Kredit: AFP

Hukuman berat terhadap Manchester City juga boleh menimbulkan persoalan mengenai masa depan barisan pemain bintang mereka, termasuk penyerang prolifik Erling Haaland.

Kelab-kelab lain juga berkemungkinan menuntut supaya kejuaraan Manchester City ditarik balik serta memohon pampasan sekiranya kelab itu didapati memperoleh kelebihan tidak adil melalui pelanggaran peraturan.

Sumber:AFP.com