Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Mangsa hanyut arus banjir
Gambar: Sinar Harian

Mangsa Kedua Kejadian Hanyut Akibat Arus Deras Ketika Banjir Ditemukan Lemas

Iqbal Yasir

Mangsa Kedua Kejadian Hanyut Akibat Arus Deras Ketika Banjir Ditemukan Lemas

ALOR SETAR, 29 Sept (Bernama) — Wanita yang dilaporkan hilang selepas hanyut dibawa arus deras bersama anak lelakinya di Kampung Tanjung Kanan dekat Kuala Nerang semalam, ditemukan lemas pada 7.45 pagi ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat Salmah Mat Zain, 46, ditemukan 50 meter dari lokasi mayat anaknya Muhammad Rosman Rohadi, 19, ditemukan semalam.

Beliau berkata pagi ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada pukul 7.28 pagi dan semasa pemantauan awal dilakukan di lokasi, petugas operasi menemukan mayat wanita itu di sekitar kawasan ladang sawit berkenaan.

“Mayat telah diserahkan kepada polis pada pukul 7.50 pagi untuk tindakan lanjut dan operasi telah ditamatkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi semalam dua beranak berkenaan dilaporkan hilang selepas dikatakan hanyut ketika meredah arus deras ketika banjir di Kampung Tanjung Kanan.

Mayat Muhammad Rosman yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran ditemukan pada pukul 5.25 petang semalam kira-kira 150 meter dari lokasi dua beranak itu hilang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar yang ditemui di lokasi kejadian pagi ini menasihatkan penduduk di daerah berkenaan supaya tidak cuba mengharungi banjir jika kawasan kediaman mereka dinaiki air.

“Kita tidak tahu apa yang ada di bawah air dan kita tidak mahu peristiwa seperti ini berulang,” katanya.

Beliau berkata operasi mencari dua beranak itu melibatkan 30 anggota daripada JBPM Kedah termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan Jitra, selain 25 pegawai dan anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap serta penduduk kampung.

BACA: Banjir: Dua Beranak Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Di Kuala Nerang

BACA: Saya Lihat Mereka Terkapai-Kapai Sebelum Hilang Dibawa Arus – Saksi

BACA: Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Sumber: BERNAMA