Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
mangsa kemalangan ioi putrajaya
Kredit: Bernama

Mangsa Kemalangan IOI Putrajaya Hafiz Dan Imam Sambilan

Azizah Najib

Mangsa Kemalangan IOI Putrajaya Hafiz Dan Imam Sambilan

PUTRAJAYA, 21 November (Bernama) — Seorang daripada tiga yang maut dalam kemalangan berhampiran IOI Putrajaya, di sini, tengah malam tadi, merupakan seorang hafiz dan selalu dilantik menjadi imam di surau di sekitar tempat tinggalnya.

Reda dengan pemergian Muhammad Danial Mohd Nuzi, bapanya Mohd Nuzi Tamli, 57, berkata anak kelapan dari 10 beradik itu menghafaz 30 juzuk al-Quran dan selalu menjadi imam di surau berdekatan kediaman mereka di Bestari Jaya, Selangor.

Katanya beliau hanya menerima khabar mengenai kejadian menimpa anaknya itu kira-kira 12 tengah hari tadi menerusi panggilan telefon daripada anak perempuannya yang menuntut di Universiti Selangor.

“Masa itu saya berada di pejabat sedang bekerja, ketika diberitahu Danial meninggal dunia akibat kemalangan tengah malam tadi pandangan saya gelap dan hampir tumbang,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya, di sini, hari ini.

BACA: Tiga Beranak Maut, Bayi Setahun Selamat Dalam Kemalangan Di Lebuhraya DUKE

Menurut Mohd Nuzi beliau menghantar anaknya itu belajar di sekolah agama di Indonesia selama tiga tahun sejak dia berusia 16 tahun.

“Dia seorang anak yang baik malah tadi polis beritahu saya buku tafsir al-Quran berada dalam beg Danial yang dibawa masa kemalangan tadi,” katanya.

Beliau berkata anaknya yang bekerja di sebuah kilang di Kota Puteri, Rawang sudah dua bulan duduk menyewa di sekitar Ijok dan beliau tidak mengetahui anaknya keluar bersama rakan-rakan malam tadi.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bestari Jaya, sekarang sedang menunggu proses bedah siasat selesai,” katanya.

BACA: Bomba Selamatkan 40 Mangsa Termasuk 21 Kanak-Kanak Terperangkap Kepala Air Di Dabong

Terdahulu Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama tiga yang lain dalam perjalanan ke arah Putrajaya dari Kajang, telah terbabas melanggar penghadang jalan di antara susur masuk ke pusat beli-belah berkenaan dan laluan menghala ke Putrajaya.

Akibat kemalangan itu, pemandu dan tiga lagi penumpang meninggal dunia di tempat kejadian dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

BACA: Insiden Penyu Naik Sehingga Ke Jalan Raya Bukan Fenomena Pelik

Sumber: Bernama