Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MAQIS Rampas Daging Lembu Wagyu Dari Australia Tiada Permit Import

Kredit: Bernama

SEPANG, 30 Sept (Bernama) — Sebanyak 256.7 kilogram daging lembu wagyu yang diimport dari Australia dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa lepas, kerana tidak memiliki permit import yang sah.

Menurut kenyataan Maqis Selangor hari ini, daging lembu wagyu bernilai RM35,981 itu, dirampas ketika pemeriksaan rutin dilakukan di kawasan KLIA Kargo pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

Perbuatan mengimport dagangan hasilan haiwan tanpa permit import merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011, yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

“Pihak Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti, selain kawalan penyakit dan keselamatan makanan di dalam negara,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA