Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Marcell Siahaan Memenangi Hati Generasi Milenial Di Malaysia

syafiq halim

10 DISEMBER, KUALA LUMPUR: Konsert ‘Marcell Dua Dekade’ dibawakan kepada anda oleh pelajar tahun akhir Kolej Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), atau lebih dikenali sebagai, PRecise Agency diketuai oleh Muhammad Nabil Khairul Anuar atas bimbingan Encik Abuzar Abdul Halim dengan kerjasama The Jay Events & Media, sebuah syarikat acara yang diasaskan oleh Muhammad Shafik Ridzuan Jailani. Marcell Siahaan, penyanyi Indonesia yang telah mencapai kejayaan dalam industri muzik selama 20 tahun kembali ke Malaysia memenangi hati golongan milenial dengan lagu R&Bnya yang dibawakan secara langsung di Zepp Kuala Lumpur pada 9 Disember 2022.

“Penonton mahu menyanyi bersama lagu saya, bukan hanya menonton saya mempersembahkannya. Jadi penting bagi saya untuk menggembirakan penonton.” kata bintang kelahiran Bandung itu sebelum beliau datang, yang sememangnya telah menepati hasratnya kerana peminat dari pelbagai peringkat umur gembira mengharmoniskan representasi lagu-lagu yang amat digemari sempena kerjayanya selama dua dekad sebagai artis yang berjaya. Acara itu dipenuhi dengan lagu R&B, jiwa dan balada seperti “Firasat”, dan “Semusim”. Para peminat juga menjangkakan lagu-lagu baharu seperti “Menunggu” dan “Akhir Cinta” yang digubah sempena hari lahirnya yang ke-44 pada 21 September tahun lalu.

Setiap memori indah sepanjang acara tersebut tidak dapat dilupakan, lebih -lebih lagi apabila beliau mengejutkan peminat dengan rancangan yang menarik. Marcell membuka persembahan dengan cukup hebat serta memberikan sekuntum bunga kepada salah seorang peminat yang bertuah. Dalam pada itu, seorang lagi peminat telah dipilih oleh penyanyi itu sendiri bernama Puteri Aszfaryna Khareeza bagi menyanyikan lagu “Takkan Terganti” bersama-samanya, telah mencairkan hati peminat dan turut menyanyikan lagu tersebut. Selain itu, sesi sembang santai bersama peminat di atas pentas turut meghiburkan penonton dengan jenaka dan perbualan santainya. Acara tersebut berlangsung dengan penuh kememeriahan dan keterujaan peminat yang bersama-sama menari dan menyanyikan lagu-lagunya.

Dengan bantuan dan bimbingan subjek PRO602, Consultancy in Public Relations, PRecise Agency yang diterajui oleh 42 pelajar tahun akhir Perhubungan Awam, kelas MC242S5D dengan bangganya menyatakan bahawa acara tersebut telah berlangsung dengan jayanya. PRecise Agency amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk bekerjasama dengan The Jay Events & Media bagi menjayakan Konsert Marcell Dua Dekade di Zepp Kuala Lumpur. Seperti yang dinyatakan dalam slogan mereka, We Make It Happen, The Jay Events and Media meletakkan keutamaan yang tinggi untuk menguruskan acara yang dapat memenuhi jangkaan pelanggan. PRecise Agency berbesar hati dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka dalam acara yang pastinya lebih menarik pada masa hadapan.