Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Maritim Kesan Bot Menyamar Nelayan Cuba Seludup Keluar Dadah

ALOR GAJAH, 24 Okt (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesan sebuah bot disyaki menyamar sebagai nelayan tradisional yang cuba menyeludup dadah keluar negara di perairan Tanjung Kling malam tadi.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Haris Fadzilah Abdullah berkata dalam kejadian malam tadi bot berkenaan ditemukan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan operasi Maritim pada pukul 10.50 malam.

Beliau berkata apabila sedar dengan kehadiran Maritim, suspek mencampakkan satu objek keatas beting berbatu sebelum memecut laju untuk melarikan diri semasa dikejar, dan bot itu hilang di kawasan yang cetek dan gelap.

“Ketika berpatah balik ke lokasi objek yang dicampak, pasukan operasi telah menemukan satu beg hitam yang berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Haris berkata barang kes kemudiannya dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM36,000.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Bernama