Maritim Negeri Perak semalam dilaporkan telah mengusir 40 buah bot nelayan Indonesia yang telah menceroboh perairan negara di beberapa kedudukan sekitar 28.5 hingga 30 batu nautika barat laut Pulau Jarak.
Gambar Via APMMMenurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Facebook, kesemua bot telah diarahkan untuk menghentikan penangkapan ikan dan keluar dari perairan Malaysia.
Gambar Via APMM
Gambar Via APMMMemetik laporan Bernama, APMM negeri Perak telah mengusir sebanyak 199 bot nelayan Indonesia dari perairan negara sejak Mac lepas. Mereka dikesan menceroboh dan menangkap ikan di perairan Perak.
Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia