Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Marshall Lancar Tiga Produk Edisi Khas Jimi Hendrix Sempena Ulang Tahun Ke-60

Enam dekad selepas Jimi Hendrix mencipta sejarah bersama Marshall, dua nama besar dalam dunia muzik itu kembali diraikan menerusi tiga produk edisi khas yang diinspirasikan daripada gaya dan kreativiti legenda gitar tersebut.

Koleksi Jimi Hendrix 60th Anniversary Edition itu merangkumi fon kepala Major V, pembesar suara mudah alih Emberton III dan pembesar suara Bluetooth Acton III.

Ketiga-tiga produk menampilkan elemen visual yang sinonim dengan Hendrix, termasuk warna ungu, corak psychedelic, motif all-seeing eye serta inspirasi daripada minatnya terhadap angkasa lepas.

Major V Edisi Ulang Tahun Ke-60 Hendrix™

Fon kepala Major V tampil dengan kemasan hitam serta reka bentuk boleh lipat, dihiasi grafik psychedelic yang diinspirasikan daripada identiti visual Hendrix.

Corak ungu oil-on-water digunakan pada bahagian dalam ikat kepala dan penutup telinga, manakala motif all-seeing eyemelengkapkan reka bentuknya.

Dengan jangka hayat bateri yang panjang, fon kepala ini membolehkan pengguna menikmati muzik dalam tempoh yang lama dengan sekali pengecasan.

Emberton III Edisi Ulang Tahun Ke-60 Hendrix™

Bagi Emberton III, corak ungu oil-on-water menghiasi sarung silikon hingga ke bahagian gril.

Motif all-seeing eye berwarna perak turut digunakan pada butang kawalan media dan dipadankan dengan lampu LED ungu.

Menariknya, setiap sarung silikon dihasilkan secara individu menggunakan teknik water transfer printing, menyebabkan corak pada setiap unit berbeza dan menjadikannya unik.

Pembesar suara mudah alih ini turut menawarkan jangka hayat bateri lebih sehari, sesuai untuk sesi mendengar muzik yang panjang.

Acton III Edisi Ulang Tahun Ke-60 Hendrix™

Sementara itu, Acton III mengetengahkan gaya Hendrix menerusi kemasan fabrik baldu bertekstur, panel kawalan berwarna perak, tombol ungu dan lampu LED ungu.

Reka bentuk tersebut diinspirasikan daripada minat Hendrix terhadap baldu, aksesori perak, angkasa lepas dan fiksyen sains.

Motif all-seeing eye berwarna perak pada bahagian sisi pembesar suara turut menjadi antara elemen utama reka bentuk edisi khas ini.

Pengalaman Hendrix turut diteruskan menerusi elemen audio yang diambil daripada pilihan rakaman beliau apabila Acton III dihidupkan.

Menurut keluarga Hendrix, hubungan antara Jimi Hendrix dan Marshall sejak enam dekad lalu terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi baharu pemuzik untuk meneroka kreativiti dan menghasilkan bunyi tersendiri.

Koleksi Jimi Hendrix 60th Anniversary Edition ini meneruskan gabungan identiti Marshall dengan gaya visual dan legasi kreatif Hendrix.