Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Marshall Perkenalkan Homeline IV, Acton IV & Stanmore IV

PERKENALKAN

Marshall Perkenalkan Homeline IV, Acton IV & Stanmore IV

Marshall memperkenalkan Homeline IV, Acton IV dan Stanmore IV, yang direka untuk memberikan pengalaman audio yang lebih mengagumkan. Menampilkan bunyi yang lebih bertenaga dan memenuhi ruang, teknologi Auracast™ terbina dalam serta rekaan ikonik yang kini diperbaharui, kedua-dua model ini menggabungkan prestasi audio yang dipertingkatkan dengan gaya yang menjadi identiti Marshall.

Bagi kemas kini terbaharu ini, Marshall menambah baik bukan sahaja kualiti bunyi, malah pengalaman penggunaan harian bagi Acton IV dan Stanmore IV. Kedua-dua model dilengkapi tweeter dan waveguide yang dinaik taraf untuk menghasilkan pentas bunyi yang lebih luas, seimbang dan menyeluruh. Reka bentuk baharu pada saluran bass turut meningkatkan aliran udara, sekali gus menghasilkan bass yang lebih jelas dan bertenaga. Selain itu, kedudukan kabel di bahagian bawah pembesar suara membolehkan ia diletakkan rapat ke dinding tanpa menjejaskan prestasi audio.

Pada masa yang sama, teknologi Dynamic Loudness memastikan setiap lagu kedengaran hebat pada apa jua tahap kelantangan dengan setiap perincian audio kekal seimbang. Pada kelantangan rendah, bunyi masih jelas, kaya dan hangat, manakala pada kelantangan tinggi, limiter yang dipertingkatkan membantu menghasilkan audio yang lebih bersih dan konsisten bagi kedua-dua model.

Kekal setia kepada identiti reka bentuk Marshall yang ikonik, Acton IV dan Stanmore IV mengekalkan sentuhan klasik berinspirasikan analog yang tidak lapuk ditelan zaman. Menampilkan elemen reka bentuk yang menjadi ciri khas jenama, kedua-dua model ini mudah dipadankan dengan pelbagai gaya kediaman, daripada kemasan kulit PU ikonik hinggalah gril bercorak salt and pepper serta panel kawalan yang diinspirasikan daripada penguat bunyi (amplifier).

Panel kawalan berwarna loyang klasik kini dipertingkatkan dengan media jog yang lebih responsif dan suis kuasa ikonik Marshall. Direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih intuitif, pengguna boleh melaraskan kelantangan, bass dan treble dengan mudah, selain mengawal muzik ketika disambungkan melalui Bluetooth. Turut diperkenalkan ialah butang M yang boleh disesuaikan, membolehkan akses pantas kepada muzik kegemaran atau tetapan pilihan peribadi.

Marshall turut memudahkan pengguna menghubungkan pelbagai peranti audio ke sistem hiburan mereka. Dengan sokongan input RCA dan AUX, peminat piring hitam kini boleh menyambungkan pemain vinil untuk menikmati pengalaman audio yang lebih hangat dan klasik. Tidak kira sumber audio yang digunakan, setiap pembesar suara telah ditala dengan teliti oleh jurutera akustik Marshall bagi menghasilkan bunyi yang bertenaga, jelas dan menyerlah.

Pengalaman mendengar turut dilengkapkan menerusi aplikasi khas Marshall, yang membolehkan pengguna memperibadikan tetapan bunyi, melaraskan pratetapan EQ serta mengoptimumkan prestasi audio melalui ciri placement compensation, memastikan bunyi yang dihasilkan kekal optimum mengikut kedudukan pembesar suara di dalam ruang.

“Sejak rangkaian Homeline IV Marshall diperkenalkan pada tahun 2012, kami terus mengembangkannya tanpa mengabaikan warisan jenama. Acton dan Stanmore sentiasa menjadi pilihan kerana reka bentuknya yang ikonik, binaan premium, bunyi yang kaya dan bertenaga serta kawalan fizikal yang mudah digunakan. Bagi generasi keempat ini, fokus kami adalah untuk mengekalkan dan memperkukuhkan ciri-ciri utama yang disukai pengguna, bukannya mengubahnya secara menyeluruh,” kata Simona Berbec, Pengurus Produk di Marshall Group.

Kabinet MDF yang digunakan pada Acton IV dan Stanmore IV diperbuat daripada kayu yang diperakui FSC™ 100%, manakala kedua-dua model turut direka dengan komponen yang boleh diganti seperti tombol kawalan, kaki pembesar suara dan gril bagi memudahkan penyelenggaraan serta memanjangkan jangka hayat produk.

Acton IV dalam pilihan warna Hitam dan Krim ditawarkan pada harga RM1,699, manakala Stanmore IV dalam warna Hitam dan Krim berharga RM2,399. Kedua-dua model akan mula dipasarkan bermula 20 Ogos 2026 menerusi Marshall Official Store di Shopee serta di pengedar terpilih termasuk Harvey Norman, Thunder Match, CG Computers, Switch dan Urban Republic.

Bersempena pelancarannya, pelanggan yang membuat pembelian antara 20 Ogos hingga 30 September 2026 berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif, termasuk jaminan lanjutan selama 12 bulan sebagai tambahan kepada jaminan standard, baucar Purchase-with-Purchase (PWP) bernilai RM200 untuk pembelian produk Marshall seterusnya, serta Hadiah Percuma dengan Pembelian (GWP) berupa Marshall Tote Bag dan Marshall T-Shirt untuk 100 penebusan pertama yang berjaya.

Selain itu, pelanggan yang membuat pembelian melalui Marshall Official Store di Shopee dari 20 Ogos hingga 4 September 2026 turut boleh menikmati promosi eksklusif SPayLater, menjadikan pemilikan rangkaian pembesar suara rumah terbaharu Marshall lebih mudah dan berbaloi.

Bagi pelanggan yang ingin membeli melalui platform lain, Lazada akan mula menawarkan Acton IV dan Stanmore IV bermula 4 September 2026, manakala pengedar sah Marshall yang lain akan mula menjual kedua-dua model ini mulai 1 Oktober 2026.

Untuk maklumat lanjut, perkembangan produk serta berita terkini daripada ASH Asia Malaysia, sila ikuti saluran media sosial rasmi Marshall atau klik disini.

Intipati
  • Marshall memperkenalkan Acton IV dan Stanmore IV dengan audio dipertingkat serta sokongan Auracast.
  • Kedua-dua model mengekalkan reka bentuk ikonik Marshall, panel kawalan loyang dan butang M.
  • Acton IV berharga RM1,699, manakala Stanmore IV dijual RM2,399 mulai 20 Ogos 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan