Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Marshall Perkenalkan Stockwell III, Nikmati Lebih 40 Jam Pendengaran Tanpa Gangguan

MARSHALL

Marshall Perkenalkan Stockwell III, Nikmati Lebih 40 Jam Pendengaran Tanpa Gangguan

Marshall memperkenalkan Stockwell III, generasi ketiga dalam siri speaker Bluetooth mudah alihnya yang hadir dengan lebih 40 jam pengalaman mendengar tanpa wayar, di samping peningkatan dari segi prestasi audio dan reka bentuk yang lebih diperhalusi. Direka untuk pencinta muzik yang mahukan kualiti bunyi premium ke mana sahaja mereka pergi, Stockwell III sesuai menemani pelbagai momen harian daripada waktu santai di rumah dan sesi lepak di kafe hinggalah ke perjalanan hujung minggu serta perjalanan jauh.

Dilengkapi dengan teknologi True Stereophonic 360°, Stockwell III menghasilkan bunyi yang menyeluruh dari setiap sudut, membolehkan pengguna menikmati karakter audio ikonik Marshall tanpa perlu meletakkannya pada posisi tertentu. Sama ada berada di tengah ruang atau di penjuru bilik, pengalaman audio yang ditawarkan kekal konsisten dan imersif.

Turut melengkapkan pengalaman mendengar ialah ciri Dynamic Loudness, yang membantu mengekalkan keseimbangan antara bass, mid dan treble pada setiap tahap kelantangan. Pada kelantangan yang lebih rendah, bass dan treble dipertingkatkan untuk memastikan setiap perincian muzik terus jelas kedengaran sebelum diselaraskan secara semula jadi apabila kelantangan ditingkatkan.

Menampilkan identiti reka bentuk yang sinonim dengan Marshall, Stockwell III hadir dengan profil menegak yang kompak, dipadankan dengan tali pemegang berinspirasikan tali gitar daripada kulit PU serta kemasan dalaman bertekstur baldu yang memberikan sentuhan premium. Bahagian luarnya dilindungi oleh sarung silikon bertekstur, manakala gril logam pada bahagian hadapan dan belakang menampilkan logo Marshall yang ikonik. Panel kawalan berwarna tembaga turut dipertingkatkan dengan susun atur yang lebih intuitif, membolehkan pengguna mengakses pratetapan kegemaran melalui butang M atau menukar lagu dengan mudah menggunakan kawalan media jog.

Direka untuk menemani setiap aktiviti harian, Stockwell III menawarkan jangka hayat bateri lebih 40 jam untuk sesi mendengar muzik berpanjangan tanpa gangguan. Dengan penarafan IP55 yang kalis habuk dan percikan air, menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai persekitaran termasuk di tepi kolam, balkoni rumah atau aktiviti luar. Port USB-C yang tersedia turut berfungsi sebagai pengecas mudah alih untuk mengecas peranti lain ketika diperlukan. Selain itu, beberapa komponen utama seperti bateri, gril hadapan dan belakang, sarung silikon serta tali pemegang direka secara modular dan boleh diganti bagi memanjangkan jangka hayat produk.

"Sejak pelancaran Stockwell II pada tahun 2019, teknologi telah berkembang dengan pesat dan Stockwell III memanfaatkan kemajuan tersebut sepenuhnya. Hayat bateri yang lebih panjang, prestasi audio yang lebih mantap serta perlindungan yang lebih baik terhadap habuk dan air merupakan antara penambahbaikan utama yang kami perkenalkan. Kami juga telah memperhalusi panel kawalan untuk pengalaman penggunaan yang lebih responsif serta memperkenalkan lebih banyak komponen modular bagi meningkatkan ketahanan produk dalam jangka masa panjang," kata Simona Berbec, Pengurus Produk di Marshall Group.

Stockwell III didatangkan dalam pilihan warna Black, Brass dan Cream pada harga RM1,299. Ia boleh didapati mulai 30 Julai 2026 menerusi Marshall Official Store di Shopee dan Lazada, serta di rangkaian peruncit terpilih termasuk Harvey Norman, Thunder Match, CG Computers, Urflash Gadgets, ALL IT Hypermarket, SNS Network, EWT Technology, PC Image dan Sprint Cass.

Untuk maklumat lanjut, perkembangan produk serta berita terkini daripada ASH Asia Malaysia, sila ikuti saluran media sosial rasmi Marshall di link ini.

Intipati
  • Marshall Stockwell III menawarkan hayat bateri lebih 40 jam untuk pendengaran tanpa wayar.
  • Speaker ini dilengkapi teknologi True Stereophonic 360° dan ciri Dynamic Loudness.
  • Stockwell III berharga RM1,299 dan boleh didapati mulai 30 Julai 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan