Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Masalah Hutang Dipercayai Punca Lelaki Dilarikan Dalam Lori

Sofea
masalah hutang
Kredit: Bernama

Masalah Hutang Dipercayai Punca Lelaki Dilarikan Dalam Lori

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) –Polis menahan seorang daripada empat individu yang disyaki terbabit dalam insiden melarikan seorang lelaki menggunakan lori ketika berlaku pergaduhan di tengah jalan di Jalan Persiaran Puchong Permai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata suspek lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditahan di tepi jalan di SS19 Subang Jaya pada pukul 10 malam tadi.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 26 Julai bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang dan polis kini sedang giat mengesan tiga lagi individu yang dipercayai rakan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp G. Dinesh di talian 011-33094457 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di 03-78627222 / 03-78627100.

Sumber: Bernama

BACA: Remaja Lelaki Berjaya Selamatkan Diri Daripada Diculik