Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Masjid Di Afghanistan Dibom, Sekurang-kurangnya 5 Maut & 65 Cedera Setakat Ini

ISTANBUL, 21 April – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam letupan di sebuah masjid di utara Afghanistan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Ledakan berlaku di masjid Seh Dokan yang terletak di Mazar-e-Sharif, kawasan padat dengan penduduk, lapor Tolo News memetik sumber sebagai berkata.

Seramai 65 lagi mangsa dilaporkan cedera, dan kini dirawat di hospital di daerah Abu Ali Sina Balkhi.

Tiada maklumat lanjut mengenai pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut dikongsikan setakat ini.

BERNAMA

Baca juga: Lupa Bawa Duit Sampai Depan Kaunter, Nasib Boleh Bayar Guna App Ni Je