Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Bayi Tanpa Kepala, Satu Tangan Ditemukan Dalam Longkang

mayat bayi ditemukan
Superintenden Sharudin Abdul Wahab. Kredit: Bernama

KUALA BERANG, 16 Okt (Bernama) -- Mayat seorang bayi tanpa kepala dan satu tangan ditemukan di dalam longkang di kawasan perumahan di Kampung Padang Setengge, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 6.52 petang.

Beliau berkata susulan laporan berkenaan, polis menghubungi Unit Forensik D10 dan unit K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk membantu siasatan serta mengumpul bukti di lokasi kejadian.

“Mayat bayi itu ditemukan oleh seorang wanita ketika membasuh pakaian di belakang rumahnya. Ketika ditemukan, mayat berkenaan berada dalam keadaan tanpa kepala dan satu tangan,

“Setakat ini, polis belum dapat mengenal pasti jantina dan kewarganegaraan bayi berkenaan. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya lagi dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.