Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Dipercayai Bayi Ditemukan Dalam Lantai Simen Rumah

Iqbal Yasir
Mayat Bayi Simen rumah

Mayat Dipercayai Bayi Ditemukan Dalam Lantai Simen Rumah

IPOH, 28 Ogos (Bernama) — Mayat dipercayai bayi ditemukan tertanam dalam lantai simen halaman sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, di sini tengah hari tadi.

Mayat yang belum diketahui jantina dan anggaran usia itu dipercayai ditemukan oleh individu yang mahu membuat pengubahsuaian rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Belum dapat fakta lengkap, setakat ini hanya maklumat awal dan maklumat lanjut akan dikongsi,” katanya.

Sumber: BERNAMA