Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kanak-kanak jatuh longkang
Gambar: Bernama

Mayat Kanak-Kanak Jatuh Longkang Ditemukan Selepas Empat Kali Laungan Azan

Iqbal Yasir

Mayat Kanak-Kanak Jatuh Longkang Ditemukan Selepas Empat Kali Laungan Azan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang pada Sabtu lepas, ditemukan di bawah timbunan batu-bata petang tadi.

Ketua Zon 4 (Hulu Langat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan pada kira-kira 5.10 petang.

Beliau berkata bomba menemukan mayat berkenaan pada jarak 400 meter dari lokasi kejadian dan 100 meter dari Pos Kawalan Bomba.

“Pada mulanya kami telah korek kawasan yang dikenal pasti ada mayat, namun tidak jumpa.

“Selepas empat kali laungan azan dibuat, tidak lama kemudian anggota saya melihat ada lalat hurung di lokasi berkenaan dan ketika itulah kami dapat petunjuk lalu mula menggali semula dan menemukan tubuh kanak-kanak itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

BACA JUGA: Mayat Lelaki Ditemui Dalam Tasik Cyberjaya, Dipercayai Ditetak Sebelum Dibuang

Shahrin Yusmar berkata tubuh kanak-kanak berkenaan sempurna, tidak reput dan hanya kulit sahaja yang mula melepuh di beberapa bahagian anggota badan.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kedua itu sedikit mencabar apabila terdapat tanah runtuh semalam.

“Alhamdulillah, hari ini keadaan cuaca juga baik dan tidak hujan mempermudahkan urusan kami menemukan mayat kanak-kanak lelaki berkenaan,” katanya sambil menambah operasi SAR ditamatkan secara rasmi pada 6.30 petang.

Menurutnya mayat kanak-kanak itu akan dibawa ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat.

Pada Sabtu lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan manakala mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Muhammad Riqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun.

Sumber: BERNAMA