Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Remaja Lelaki Lemas Ditemukan Pagi Ini – Bomba

ALOR SETAR, 14 Sept – Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas pada Khamis petang selepas dipercayai terjatuh ke dalam anak sungai dekat Tandop, Taman Osman Arof di Jitra ditemukan pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menjumpai mayat K. Sasitharan, 18, pada 7.10 pagi iaitu lebih kurang 500 meter dari tempat mangsa terjatuh.

“Semalam, Pasukan PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air) telah membuat dua kali penyelaman namun tidak menjumpai mangsa.

“Pagi tadi operasi bermula pukul 7.03 pagi yang menggunakan bot penyelamat telah menjumpai mangsa dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata seramai 19 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

— BERNAMA