Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Maybank Catat Untung Bersih Melebihi RM10 Bilion

Hannah
Untung Bersih Maybank

Maybank Catat Untung Bersih Melebihi RM10 Bilion

Kumpulan Maybank mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Maybank memaklumkan bahawa keuntungan sebelum cukai (PBT) turut meningkat 9.3 peratus kepada RM13.70 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Susulan prestasi kewangan yang kukuh, Maybank mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 32 sen sesaham secara tunai.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi tahun tersebut meningkat kepada 61 sen sesaham.

“Hasil kewangan ini didorong oleh pendapatan operasi yang kukuh hasil daripada aktiviti ekonomi serantau yang positif serta penambahbaikan berterusan dalam peruntukan penurunan nilai bersih,” menurutnya lagi.

BERITA LANJUT MENYUSUL