Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Maybank Rancang Perkenal Aplikasi Perbankan
Kredit; Bernama
Maybank Rancang Perkenal Aplikasi Perbankan Runcit Baharu Ganti MAE

BERNAMA

Maybank Rancang Perkenal Aplikasi Perbankan Runcit Baharu Ganti MAE

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Maybank merancang memperkenalkan aplikasi perbankan runcit baharu untuk menggantikan aplikasi MAE sedia ada, sebagai sebahagian daripada pelaburan dalam teknologi yang lebih luas bagi meningkatkan keupayaan digital dan memperkukuh penglibatan pelanggan di seluruh rantau ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Khairussaleh Ramli berkata aplikasi baharu itu merupakan sebahagian daripada pelaburan dalam teknologi berjumlah RM10 bilion untuk tempoh lima tahun.

Beliau berkata aplikasi baharu itu bertujuan untuk mengatasi keupayaan sedia ada dan akan dibangunkan sebagai satu platform tunggal bagi memenuhi keperluan pelbagai pasaran dan negara untuk jejak serantau kumpulan berkenaan.

"MAE memang bagus, namun terdapat beberapa keupayaan tertentu yang perlu kami laksanakan. Kami kini memberi tumpuan kepada pembangunan untuk kumpulan dan rantau ini.

"Kami mahu membangunkan satu platform tunggal bagi pelbagai jejak dan negara," katanya dalam taklimat media di sini hari ini, bersempena pelancaran ROAR30, iaitu strategi baharu lima tahun Maybank sehingga 2030.

Khairussaleh berkata perancangan bank itu adalah untuk membangunkan satu platform berskala bagi pelanggan individu yang boleh digunakan di seluruh rantau ini, berbanding membangunkan penyelesaian khusus mengikut pasaran, bagi meningkatkan kecekapan dan mempertingkat pengalaman pelanggan.

Beliau berkata Indonesia berkemungkinan menjadi pasaran pertama untuk pelancaran aplikasi itu, memandangkan kepentingan perbankan digital di negara berkenaan, manakala Malaysia dan Singapura dijangka menyusul tidak lama selepas itu.

Khairussaleh berkata aplikasi baharu itu akan menyokong usaha kumpulan untuk mengembangkan pendapatan berasaskan yuran melalui penambahbaikan jualan silang penyelesaian dalam segmen runcit, di samping melengkapi keupayaan perbankan transaksi dan pembayaran bagi segmen bukan runcit.

Sumber:BERNAMA