Xiaomi Malaysia mengumumkan pelantikan pelakon popular Malaysia, Meerqeen, sebagai Duta REDMI Note 17 Series Malaysia, menjelang pelancaran siri telefon pintar terbaharu itu pada 2 September 2026.
Pelantikan Meerqeen dilihat selari dengan gaya hidupnya yang aktif dan dinamik, selain mencerminkan komitmen REDMI dalam menawarkan teknologi yang membantu pengguna kekal berhubung, mengejar minat serta mencapai lebih banyak perkara dalam kehidupan seharian.
Dengan kerjaya yang berkembang menerusi kreativiti, dedikasi dan usaha berterusan, Meerqeen dilihat mewakili generasi muda yang yakin, bercita-cita tinggi dan sentiasa bergerak ke hadapan.
Gaya hidupnya yang pantas juga dekat dengan keperluan pengguna masa kini, sekali gus menjadikannya pilihan sesuai sebagai wajah REDMI Note 17 Series yang direka untuk menawarkan ketahanan bateri, prestasi dan kebolehpercayaan bagi menyokong rutin harian pengguna.
“Sebagai seseorang yang sentiasa bergerak, jadual saya kadangkala bermula dari pagi dan berakhir lewat malam. Sama ada ketika berada di set penggambaran, menghasilkan kandungan atau berhubung dengan peminat, saya memerlukan peranti yang mampu mengikuti gaya hidup saya dan memberikan keyakinan untuk terus berhubung sepanjang hari,” kata Meerqeen.
“Dengan prestasi bateri yang berkuasa serta reka bentuk tahan lasak REDMI Note 17 Series, saya lebih yakin bahawa telefon pintar ini boleh menyokong saya dalam apa jua keadaan, termasuk ketika berdepan situasi yang tidak dijangka.”
“Saya teruja untuk rakyat Malaysia merasai sendiri keyakinan dan kebebasan yang ditawarkan REDMI Note 17 Series, dan tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak mengenai perjalanan menarik ini bersama semua.”
Bateri 10,000mAh, Cas 100W
Sebagai generasi terbaharu dalam siri REDMI Note di Malaysia, REDMI Note 17 Series hadir dengan beberapa ciri yang direka untuk memberikan pengalaman penggunaan harian yang lebih lancar.
Antara yang menjadi perhatian ialah bateri berkapasiti 10,000mAh bersama teknologi Xiaomi 100W HyperCharge, membolehkan pengguna meluangkan lebih banyak masa menggunakan telefon dan kurang masa menunggu untuk mengecas.
Selain ketahanan bateri, siri ini turut menampilkan reka bentuk yang lebih bergaya serta tahap ketahanan yang menjadi antara ciri penting peranti REDMI.
Daripada bekerja, menonton kandungan, bermain permainan sehingga menghasilkan kandungan untuk media sosial, REDMI Note 17 Series direka untuk mengikuti rentak kehidupan pengguna.
Dengan slogan “Cas Sekali, Tahan Tiga Hari”, Xiaomi mahu memberikan pengguna lebih keyakinan untuk menjalani hari tanpa terlalu memikirkan bateri telefon.
Tunggu Pelancaran 2 September
Dengan Meerqeen kini menjadi sebahagian daripada keluarga REDMI, peminatnya dan pengguna yang sudah lama mengikuti siri REDMI Note boleh menantikan pelancaran rasmi REDMI Note 17 Series di Malaysia.
Xiaomi Malaysia akan memperkenalkan barisan telefon pintar terbaharu ini menerusi siaran langsung pada 2 September 2026 melalui saluran rasmi Xiaomi Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai REDMI Note 17 Series, ikuti Xiaomi Malaysia di Facebook, Instagramdan TikTok.
