Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Melaka, Sarawak Tidak Layak Beraksi Liga Super 2023

Nurhanis
melaka sarawak tidak dapat beraksi liga super 2023
Gambar: FB Malaysian Football League

Melaka, Sarawak Tidak Layak Beraksi Liga Super 2023

Rayuan kelab Melaka United dan Sarawak United dalam mendapatkan Lesen Kebangsaan ditolak, sekali gus kedua-duanya tidak dapat beraksi dalam Liga Super 2023 kelak.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB), Mohammad Yasin Abdullah melalui satu makluman rasmi hari ini.

Jelas Mohammad Yasin, pihaknya sebulat suara bersetuju untuk tidak memberikan kelayakan kepada pasukan berkenaan untuk beraksi dalam saingan profesional.

“AB telah pun bermesyuarat dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Melaka United FC (MUFC) dan Sarawak United FC (SUFC) untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, keputusan rayuan itu turut dibuat selepas First Instance Body (FIB) menolak permohonan lesen kedua-dua pasukan tersebut selaras dengan peraturan pelesenan.

“AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan FIB yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022.

“Ia selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022,” tambahnya.

Terdahulu media melaporkan, kedua-dua pasukan itu mempunyai masalah dalaman di mana MUFC gagal melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai dalam tempoh yang ditetapkan.

Sementara itu, SUFC pula didapati gagal dalam memenuhi kriteria kewangan kesukanan serta mempunyai kes dalam pasukannya.

Sumber: Facebook / Malaysian Football League