Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Memukau, Lelaki Hasilkan Potret Diraja Atas Kain Tenun Pahang, Dihias 1,000 Kristal Swarovski
Setiap orang memiliki bakat tersendiri yang menjadikan mereka unik dan istimewa. Bakat ini hadir dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bidang seni seperti menyanyi, menari ataupun melukis
Ada yang mampu memukau pendengar dengan alunan suara merdu, ada pula yang mengekspresikan perasaan melalui gerak tari yang penuh makna, manakala sebahagian lagi menzahirkan kreativiti melalui lukisan dan hasil seni visual.
Dalam sesetengah keadaan, bakat yang dimiliki juga mampu menyatukan masyarakat serta memberi inspirasi kepada orang lain.
Baru-baru ini, seorang lelaki berjaya menarik perhatian ramai apabila memuat naik video yang memaparkan detik-detik proses melukis Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @wisyilukis di TikTok, potret istimewa itu dilukis di atas Kain Tenun Pahang Diraja dan dihiasi dengan lebih 1,000 kristal Swarovski.
Difahamkan, lukisan tersebut merupakan lukisan keempat yang dipamerkan di Istana, sekali gus mencerminkan kepercayaan serta penghargaan terhadap kehalusan seni dan bakat pengkaryanya.
Video berdurasi 59 saat itu memaparkan @wisyilukis jelas menumpukan perhatian terhadap setiap perincian wajah, termasuk pandangan mata dan ekspresi halus yang mencerminkan kesabaran serta ketelitian tinggi ketika menghasilkan karya tersebut.
Karya berkenaan kemudian disempurnakan sebagai potret rasmi bernilai seni tinggi, sebelum dipersembahkan kepada Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang.
Turut dirakam detik istimewa apabila balutan lukisan dibuka untuk tatapan baginda berdua.
Dalam masa sama, @wisyilukis meluahkan rasa syukur atas peluang serta kepercayaan yang diberikan oleh pihak istana.
“Lukisan saya yang ke-4 untuk istana. Lukisan kali ini dihasilkan di atas Kain Tenun Pahang Diraja dan dihiasi lebih 1,000 kristal Swarovski
“Menjunjung kasih KDPB Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang. Semoga lukisan patik ini dapat menghiasi dinding Istana Negeri Pahang,” katanya.