Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menara Berkembar PETRONAS Rai 27 Tahun Ikon Kebanggaan Negara

MENARA

Menara Berkembar PETRONAS Rai 27 Tahun Ikon Kebanggaan Negara

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa makna yang lebih istimewa buat rakyat Malaysia. Ketika negara meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-69 pada 31 Ogos 2026, Menara Berkembar PETRONAS turut menyambut ulang tahun ke-27 sebagai mercu tanda kebanggaan negara yang telah menjadi lambang kemajuan, aspirasi dan identiti Malaysia di persada dunia.

Bersempena detik bersejarah ini, orang ramai, pelancong dan seisi keluarga dijemput memeriahkan sambutan istimewa di KLCC dari 29 hingga 31 Ogos 2026. Menerusi tema “Rasa Ingin Tahu Menyatukan Kita”, dua destinasi ikonik negara, Petrosains, The Discovery Centre dan PETRONAS Twin Towers Sky Xperience, berganding bahu membawakan pelbagai aktiviti menarik selama tiga hari yang menggabungkan warisan budaya, pembelajaran STEM, semangat patriotisme dan promosi eksklusif.

Di Petrosains, pengunjung boleh menantikan pelbagai aktiviti menarik yang mesra keluarga dan menyemarakkan semangat kebangsaan. Daripada deklamasi sajak patriotik dan pertandingan busana bertemakan Merdeka yang menawarkan peluang memenangi hadiah menarik, hinggalah persembahan bermain alat muzik tradisional yang mewakili kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, program ini mengangkat kisah, warisan dan nilai murni yang menjadi asas perpaduan rakyat negara ini.

Kanak-kanak dan seisi keluarga turut berpeluang menyertai aktiviti mewarna dan seni kreatif berinspirasikan Hari Kebangsaan, di samping meneroka bagaimana kreativiti dan kelestarian boleh digabungkan melalui Sudut Kraf Merdeka yang menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik, kadbod, majalah dan penutup botol. Inisiatif ini menggalakkan pengunjung melihat potensi baharu dalam bahan harian sambil memupuk kesedaran terhadap alam sekitar.

Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti STEM bertemakan Merdeka seperti Colours of Malaysia Animation Station, yang mengangkat kepelbagaian budaya negara melalui penceritaan animasi gerak henti; Jalur Gemilang Paper Heli, yang menggabungkan elemen kreativiti dan sains penerbangan melalui pembinaan helikopter kertas; serta Thinking Spot! Edu-to-Cart, yang menampilkan demonstrasi STEM interaktif bagi menggalakkan penghargaan terhadap alam sekitar dan komuniti setempat.

Menambahkan lagi keunikan pengalaman di Petrosains, pengunjung berpeluang mengimbau kembali permainan tradisional Malaysia melalui perspektif STEM. Permainan seperti Congkak, Batu Seremban dan Dam Haji memperlihatkan bagaimana unsur sains, matematik, strategi dan penyelesaian masalah telah lama sebati dalam budaya masyarakat.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyerlahkan kreativiti menerusi aktiviti Bengkel Merdeka Pixel Art, Bengkel LED Flashlight, Bengkel Merdeka Shrink & Clink serta Persembahan Roleplay Khas Merdeka, yang menawarkan pengalaman pembelajaran interaktif dalam suasana penuh semangat patriotik.

Bukan hanya di Kuala Lumpur, kemeriahan sambutan Merdeka turut dirasai di Kuantan, Johor Bahru dan Kota Kinabalu menerusi pelbagai aktiviti menarik di pusat satelit, Petrosains PlaySmart. Pengunjung boleh menyaksikan Persembahan Sains dan RoboBud yang mengujakan, menyertai bengkel interaktif serta menikmati pelbagai aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga.

Sementara itu, di PETRONAS Twin Towers Sky Xperience, pengunjung boleh meneruskan sambutan bulan kebangsaan melalui pelbagai aktiviti menarik yang direka khas untuk semua peringkat usia. Antaranya termasuk aktiviti lukisan wajah bertemakan Jalur Gemilang dan Menara Berkembar PETRONAS, selain menyertai 3 Towers Photo Competition, yang memberi peluang kepada pengunjung merakam panorama menakjubkan Kuala Lumpur dari Sky Deck di Aras 86.

Pertandingan ini menampilkan sudut pandang unik yang merakam tiga mercu tanda kebanggaan negara, iaitu Menara Berkembar PETRONAS, Menara Merdeka Maybank 118 dan Menara Kuala Lumpur, dalam satu bingkai, sekali gus mengajak pengunjung menghargai kemajuan landskap bandar Malaysia sambil mencipta kenangan bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan serta ulang tahun ke-27 Menara Berkembar PETRONAS, pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan tarian tradisional yang meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia. Menampilkan busana tradisional, iringan muzik dan koreografi yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat negara ini, persembahan tersebut bukan sahaja menyemarakkan suasana perayaan malah mengukuhkan semangat perpaduan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Bagi melengkapkan pengalaman sambutan Merdeka, para pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran menarik di XPLORASI-Petrosains Gift Shop dan Sky Shop, termasuk diskaun sehingga 40% serta promosi Beli Satu Percuma Satu bagi barangan terpilih.

Menambahkan lagi nilai kepada pengalaman tersebut, pakej PETRONAS Twin Towers Sky Experience x Petrosains Double Deal menawarkan peluang untuk menerokai dua destinasi ikonik dalam satu kunjungan, dengan harga promosi pengenalan bermula daripada RM29.70 seorang.

Sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan Petrosains dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna, menyeronokkan dan dekat dengan kehidupan seharian. Pada masa yang sama, ia turut menggalakkan penghargaan yang lebih mendalam terhadap warisan budaya, identiti serta semangat kebersamaan yang membentuk Malaysia.

“Sambutan tahun ini amat bermakna kerana ulang tahun ke-27 Menara Berkembar PETRONAS diraikan serentak dengan Hari Kebangsaan Malaysia. Selama hampir tiga dekad, menara ini berdiri megah sebagai simbol cita-cita, kejayaan dan semangat rakyat Malaysia. Sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau tetamu dari luar negara, kami berharap rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk menghayati semula kisah, ilmu dan pengalaman yang menjadikan negara kita begitu unik dan istimewa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn Bhd, Encik Ezarisma Azni Mohamad.

Ketika rakyat Malaysia berhimpun meraikan kemerdekaan negara, program selama tiga hari ini turut membuka ruang untuk menghargai legasi salah satu mercu tanda paling ikonik di negara ini.

Daripada aktiviti STEM yang mengujakan dan persembahan budaya yang memukau, sehinggalah pemandangan menakjubkan dari Sky Bridge dan Sky Deck, pengunjung berpeluang menikmati keunikan warisan, inovasi dan layanan hospitaliti Malaysia di tengah-tengah ibu kota.

Orang ramai juga digalakkan untuk merakam detik-detik menarik sepanjang sambutan lalu berkongsinya di media sosial dan tag kami di @instapetrosains dan @petronastwintowers, serta menggunakan tanda pagar #CuriosityUnitesUs dan #PETRONASTwinTowers27Years.

Sama ada foto keluarga berlatarbelakangkan menara berkembar yang terkenal di dunia, hasil kraftangan kreatif, persembahan budaya mahupun pengalaman di Sky Bridge dan Sky Café, setiap perkongsian menjadi sebahagian daripada sambutan kebangsaan yang meraikan semangat perpaduan dan kebanggaan Malaysia.

  • Ikuti Petrosains untuk perkembangan terkini dan maklumat program:

    • Facebook: Petrosains - The Discovery Centre

    • Instagram: @instapetrosains

    • TikTok: @petrosains

  • Ikuti PETRONAS Twin Towers Sky Xperience untuk perkembangan terkini dan maklumat program:

    • Facebook: PETRONAS Twin Towers

    • Instagram: @petronastwintowers

    • TikTok: @petronastwintowers

Intipati
  • Menara Berkembar PETRONAS akan meraikan ulang tahun ke-27 sempena Hari Kebangsaan 2026.
  • Program tiga hari di KLCC menggabungkan aktiviti STEM, budaya, patriotisme dan promosi khas.
  • Petrosains PlaySmart turut membawa sambutan Merdeka ke Kuantan, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan