Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YB Rina Harun Disahkan Positif COVID-19

Gambar Via Bernama

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun telah disahkan positif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.

Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11.00 pagi hari ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut.

“Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat,” kata kenyataan itu.

Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat