Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Mention" Indonesia, Hantaran Wartawan Sukan Antarabangsa Curi Perhatian

indonesia
Gambar: PSSI via Stadium Astro

"Mention" Indonesia, Hantaran Wartawan Sukan Antarabangsa Curi Perhatian

Hantaran ringkas wartawan sukan antarabangsa, Romain Molina di media sosial X mencetuskan perhatian apabila beliau memberi bayangan bakal mendedahkan isu berkaitan bola sepak Indonesia.

Perkongsian itu dibuat selepas Molina sebelum ini menggemparkan dunia bola sepak menerusi beberapa pendedahan berprofil tinggi yang didakwa melibatkan jenayah, rasuah serta penyelewengan dalam arena bola sepak. Ini termasuk membabitkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA).

Kali ini, hanya dengan menyebut nama "Indonesia" dalam hantarannya, beliau mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak, khususnya penyokong skuad Sang Garuda.

Ruangan komen hantaran tersebut segera dibanjiri pengguna media sosial yang ingin mengetahui maksud sebenar kenyataan itu.

Selain itu, ramai tertanya-tanya sama ada ia merujuk kepada satu lagi pendedahan berkaitan pengurusan bola sepak negara berkenaan.

Belum ada penjelasan rasmi

Setakat ini, Molina belum menjelaskan secara terperinci perkara yang dimaksudkan menerusi hantarannya, sekali gus menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Wartawan itu sebelum ini dikenali kerana sering mendedahkan pelbagai isu kontroversi dan salah laku dalam industri bola sepak antarabangsa. Hal ini menyebabkan ramai menjangkakan beliau bakal berkongsi lebih banyak maklumat mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh FIFA mahupun Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) berhubung perkara itu.

Orang ramai kini menantikan penjelasan lanjut daripada Molina serta sebarang maklum balas rasmi daripada pihak berkaitan.