Utama

Tip

Trivia

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Tip

Trivia

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Menu Sesuai Untuk Moreh, Ini Resipi Kek Pisang Cip Coklat “Moist”
Pisang merupakan salah satu jenis buah tropika yang sangat popular dan mudah didapati, termasuk di Malaysia.
Selain itu, buah pisang juga boleh menjadi bahan masakan yang versatil. Buah yang sudah matang bukan sahaja boleh dimakan terus selepas dibuang kulitnya, malah boleh diolah menjadi pelbagai juadah yang lain.
Buah ini juga boleh dihidangkan dalam variasi resipi makanan termasuklah kerepek, pisang goreng, cekodok, aiskrim dan kek pisang.
Sebut pasal kek, banyak bidang pastri telah mula mengorak langkah dalam memperkenalkan kek-kek berperisa pisang. Jadi, tidak hairan mengapa pisang sangat bernilai dan popular dalam kalangan masyarakat.
Sehubungan itu, kali ini SK nak kongsikan resipi Kek Pisang Cip Coklat yang lembut. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pempengaruh terkenal, @khairulaming.
Enam biji pisang
Dua + setengah cawan tepung gandum
Dua sudu teh soda bikarbonat
Dua sudu teh serbuk penaik
Satu sudu teh garam
Empat biji telur
Setengah cawan susu pekat
Satu sudu teh esen vanila
Tiga perempat blok mentega
Satu cawan cip coklat
Cara-cara untuk buat Kek Pisang Cip Coklat
Mula-mula, anda kupas kulit pisang terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam bekas. Lenyekkan pisang (jangan terlalu hancur) dan tambahkan tepung gandum.
Masukkan pula soda bikarbonat, teh serbuk penaik, garam, empat biji telur dan setengah cawan susu manis. Selepas itu, tambah esen vanila, tiga perempat blok mentega yang telah dicairkan.
Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan masukkan satu cawan cip coklat atau “chocolate coin”. Gaulkan sekali lagi sehingga sekata.
Langkah yang seterusnya ialah tuangkan adunan ke dalam bekas yang boleh dibakar di dalam ketuhar. Pastikan bekas anda dialas dengan “parchment paper”.
Jangan lupa letakkan hirisan pisang dan tabur cip coklat untuk hiasan. Bakar adunan kek pisang dengan suhu 170c selama 50 minit. Selesai membakar, keluarkan kek dari dalam ketuhar dan potong kek tersebut untuk dihidang.
BACA: Resipi Warisan Paling Sedap, Ini Cara Mudah Buat Biskut Suji
Sumber: @khairulaming via TikTok