Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.30 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 7 malam ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk)
Negeri Sembilan
Melaka
Johor: (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang)
Orang ramai khususnya yang pulang dari tempat kerja petang ini dinasihatkan untuk berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia