Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik
Negara kita mengalami iklim khatulistiwa yang lembap dan panas sepanjang tahun. Iklim ini sering dialami di kawasan yang terletak pada atau berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Walaupun sistem ramalan iklim wujud, kecekapan ramalan jangka panjang cuaca adalah rendah.
Menjadi keutamaan kepada semua orang untuk memahami dan tidak keliru dengan kriteria-kriteria amaran cuaca ribut petir, hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora. Disebabkan hal itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah berkongsikan kriteria tersebut melalui twitter mereka, berikut perkongsiannya ;
Ribut Petir 1. Intensiti hujan melebihi 20mm per jam atau melebihi 1 jam. 2. Amaran jangka pendek tidak melebihi 6 jam untuk satu keluaran.
Hujan Berterusan terbahagi kepada 3 tahap: 1. Waspada Hujan berterusan dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari atau hujan berterusan/ribut petir sedang berlaku tetapi belum mencapai peringkat amaran buruk.
2. Buruk Hujan berterusan yang sedang/dijangka berlaku dengan jangkaan jumlah hujan terkumpul melebihi 60mm dalam tempoh tersebut.
3. Bahaya Hujan lebat berterusan dijangka melebihi 180mm/24 jam.
Angin Kencang dan Laut Bergelora 1. Pertama Angin kencang dengan kelajuan angin dari 40-50 kmsj dan/atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 3.5 meter (11.5 kaki)
2. Kedua Angin kencang dengan kelajuan angin dari 50-60 kmsj dan/atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 4.5 meter (15.0 kaki)
3. Ketiga Angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dan/atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang melebihi 4.5 meter (>15.0 kaki)
Sumber : Jabatan Meterologi Malaysia