Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Beri Amaran Ribut Tropika Di Kudat, Sabah, Kelajuan Angin Boleh Mencapai 102kmj

Kredit gambar: Google

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 976 kilometer di timur laut Kudat, Sabah.

Dalam kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut ketika ini berada sekitar 231 km barat daya Luzon, Filipina pada pukul 8 pagi hari ini dan ia bergerak ke arah barat dengan kelajuan 28km sejam (km/j).

“Kelajuan maksimum angin boleh mencapai 102 km/j,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa keadaan ini boleh mengakibatkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

Sumber: BERNAMA