Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mid Valley, The Gardens Mall Disanitasi Susulan Satu Kes Positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Pusat beli-belah The Gardens Mall (TGM) dan Mid Valley Megamall (MVM) menjalankan usaha sanitasi dan nyahkuman di kawasan umum serta tiga outlet selepas seorang pekerja penyewanya disahkan positif COVID-19.

Ketika mengesahkannya, pihak pengurusan TGM dan MVM berkata kes tersebut membabitkan pekerja London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC), syarikat yang menguruskan Origani dan Élévatione Time Stops di TGM dan Surreal by Élévatione Time Stops di MVM.

Pekerja berkenaan telah memaklumkan pihak pengurusan di LSC pada 9 Okt, 2020 bahawa salah seorang ahli keluarganya terdedah kepada virus berkenaan.

“Beliau bertindak mengasingkan dirinya secara kuarantin kendiri dan langkah-langkah telah diambil bagi membolehkannya menjalani ujian COVID-19 yang disahkan positif pada 10 Okt, 2020. Beliau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala-gejala COVID-19,” kata TGM dan MVM dalam satu kenyataan.

Pihak pengurusan TGM dan MVM telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian tersebut pada 11 Oktober 2020 dan tiga outlet berkenaan diarah tutup sehingga notis selanjutnya.

Sejurus pengesahan kes tersebut, Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan dan disusuli dengan langkah pengesanan kontak.

“Usaha sanitasi dan nyahkuman di tiga outlet di bawah LSC serta kawasan umum di kedua-dua pusat beli-belah itu masih dijalankan,” kata kenyataan itu.

Pihak pengurusan TGM dan MVM turut memberi jaminan kepada pelanggan, penyewa serta pengunjung bahawa kesihatan dan keselamatan mereka adalah diutamakan.

“Kami telah melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan tahap kebersihan yang menyeluruh sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan di kedua-dua pusat beli-belah itu. Kami juga akan terus memantau rapat keadaan dan bekerjasama dengan semua pihak berwajib serta akan memaklumkan perkembangan sewajarnya,” katanya.

— BERNAMA