Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 telah berjaya menghimpunkan kira-kira 49,000 peserta di seluruh negara setakat ini, termasuk lima lokasi persinggahannya iaitu Sabah, Terengganu, Sarawak, Pahang dan baru-baru ini di Kelantan.
Jelajah di Kelantan kali ini berjaya menarik penyertaan lebih 10,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan membina tabiat sarapan yang lebih sihat, di samping mengekalkan gaya hidup aktif.
Semakin ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, menyedari kepentingan menikmati sarapan yang seimbang dalam memberikan tenaga, meningkatkan tumpuan serta kesejahteraan keseluruhan sepanjang hari. Amalan mudah seperti mengambil sarapan yang seimbang dan kekal aktif mampu memberikan perubahan yang besar dalam kehidupan seharian mereka.

Bertempat di padang Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan sebagai lokasi persinggahan kelima, MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 mengetengahkan peranan golongan belia dalam menggalakkan amalan gaya hidup yang lebih sihat serta memberi inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk memulakan hari dengan sarapan yang seimbang.
Sebagai sebahagian daripada siri jelajah nasional ini, MILO® Malaysia Breakfast Day Kelantan 2026 memilih lokasi universiti bagi mendekati golongan muda, di samping menggalakkan mereka menerapkan amalan sihat sebagai sebahagian daripada rutin harian.
Guru dan pendidik turut memainkan peranan penting dalam membentuk amalan gaya hidup positif dalam kalangan generasi muda. Sebagai mentor dan contoh teladan, mereka berperanan dalam memberi inspirasi serta menggalakkan golongan muda untuk memahami kepentingan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan menyeluruh. Usaha ini membantu para pelajar membentuk rutin yang lebih sihat, bukan sahaja di sekolah malah dalam kehidupan seharian mereka.

Profesor Dato' Dr. Shaiful Bahari Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan berkata, “Apa yang amat menggalakkan sepanjang jelajah MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 ialah melihat rakyat Malaysia daripada pelbagai generasi bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Dengan menjadikan kampus universiti sebagai lokasi persinggahan di Kelantan, ia menjadi lebih bermakna apabila golongan muda Malaysia berpeluang mengambil bahagian secara aktif serta menyedari bahawa amalan mudah seperti menikmati sarapan yang berkhasiat dan kekal aktif mampu memberikan kesan positif terhadap kesejahteraan diri mereka. Tabiat yang dibentuk sejak usia muda juga berpotensi membina rutin positif yang dapat diamalkan sepanjang hayat.”
Dengan generasi muda kini berdepan dengan jadual akademik yang padat, gaya hidup yang dipengaruhi penggunaan teknologi digital serta rutin harian yang semakin pantas, mengekalkan amalan gaya hidup sihat secara konsisten boleh menjadi satu cabaran. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sarapan yang berkhasiat memainkan peranan penting dalam menyokong tenaga, tumpuan dan kesejahteraan keseluruhan, khususnya dalam kalangan pelajar yang perlu bersedia menghadapi pelbagai komitmen harian.

Sehubungan itu, MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 dianjurkan bagi memberi inspirasi dan menggalakkan pelajar untuk membina tabiat sihat seperti menikmati sarapan berkhasiat serta kekal aktif, yang penting dipupuk sejak kecil dan diteruskan sehingga dewasa.
Bagi Mohd Syamil Hakim bin Mohd Sabri, 13 tahun yang berjaya menjadi pelari pertama yang sampai ke garisan penamat di MILO® Malaysia Breakfast Day Kelantan 2026, ia merupakan satu pencapaian yang tidak dapat dilupakan. “Saya tidak melakukan sebarang latihan pagi ini.
Saya hanya minum setin MILO® sebelum memulakan larian dan ia mampu memberikan tenaga yang saya perlukan,” kata Syamil yang pernah mewakili Kelantan dalam Kejohanan Ragbi MSSM 2025. Sebagai seorang atlet, Syamil memahami kepentingan pemakanan seimbang sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal. “Sarapan pagi sangat penting kerana badan kita memerlukan tenaga pada waktu pagi untuk menjalani aktiviti sepanjang hari. Bagi saya, sarapan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Nadhirah Najwa, 21, dan rakan-rakannya dari Sekolah Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, menyertai MILO® Malaysia Breakfast Day Kelantan 2026 buat kali pertama. Aktiviti ini amat bermakna bagi mereka kerana dapat meluangkan masa bersama dalam suasana pagi yang sihat, di samping berehat seketika daripada rutin pengajian sambil mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
“Ini kali pertama kami menyertai MILO® Malaysia Breakfast Day dan kami sangat seronok kerana dapat kekal aktif bersama. Setiap pagi, jadual kami agak padat kerana perlu bergegas ke kelas. Jadi, larian santai ini mengingatkan kami tentang kepentingan meluangkan masa untuk memulakan hari dengan sarapan yang sihat serta kekal aktif demi kesejahteraan diri," kata Nadhirah.
Rakan pelajar USM dari Sekolah Sains Perubatan, Danish Bin Mohd Ridhwan Mahendran pula berkata, MILO® turut mengimbau kembali kenangan manisnya ketika zaman kanak-kanak. “Semasa kecil, ibu bapa saya sentiasa menyediakan secawan MILO® sebelum saya ke sekolah."
"Ia merupakan satu kenangan yang ringkas tetapi bermakna kerana ia mengingatkan saya tentang kasih sayang mereka serta memberi inspirasi kepada saya untuk memulakan setiap hari persekolahan dengan penuh semangat.”

Yazli Yaakub, 51, seorang pengajar di Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET), juga hadir dari Putrajaya untuk menyertai MILO® Malaysia Breakfast Day Kelantan 2026 buat tahun kedua berturut-turut selepas menyertai acara tersebut di Putrajaya tahun lalu. Dengan mengenakan Baju Melayu lengkap, beliau menyertai acara ini dengan misi untuk memberi inspirasi kepada golongan muda dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
"Saya seronok menyertai MILO® Malaysia Breakfast Day tahun lalu, jadi saya mengambil keputusan untuk menyertai acara ini sekali lagi pada tahun ini di Kelantan. Saya percaya adalah penting untuk kekal aktif tanpa mengira usia. Saya juga sering menggalakkan keluarga saya untuk mengamalkan gaya hidup aktif bersama saya.”
Sebagai seorang pengajar TVET, Yazli turut percaya bahawa golongan pendidik mempunyai tanggungjawab untuk menjadi teladan yang baik bukan sahaja di dalam kelas, malah dalam kehidupan seharian.
"Saya sentiasa mengingatkan pelajar saya supaya tidak mengabaikan sarapan. Walaupun hanya secawan MILO®, sarapan yang ringkas juga mampu membekalkan tenaga dan membantu mereka kekal fokus ketika belajar atau menjalani sesi praktikal. Saya juga mengingatkan mereka untuk kekal aktif dan membina tabiat sihat sejak usia muda kerana pilihan yang mereka buat hari ini akan membantu kesejahteraan mereka pada masa hadapan."

Manakala bagi Roziah Binti Ismail, 40, seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Kelantan, memahami cabaran kehidupan sebagai seorang pelajar serta kepentingan memulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat.
“Pelajar kami mempunyai jadual yang padat bermula dari pagi sehingga lewat petang. Sarapan bukan sekadar rutin harian, tetapi ia juga membekalkan tenaga dan membantu mereka kekal fokus untuk belajar, aktif serta kekal produktif sepanjang hari,” katanya.
Roziah yang turut menyertai MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 di Kelantan juga berkongsi, "Amat menggalakkan melihat begitu ramai orang mengambil bahagian dalam program seperti ini yang mengingatkan kita bahawa sarapan berkhasiat dan gaya hidup aktif merupakan amalan mudah yang mampu memberi perubahan positif dalam jangka panjang
Sudah tentu secawan MILO® bersama sarapan yang seimbang mampu membantu kami bersedia untuk menghadapi aktiviti harian kami dengan lebih bertenaga dan fokus,” tambahnya.
Melalui siri jelajah nasional ini, MILO® terus komited dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia daripada pelbagai generasi mengenai kepentingan membina tabiat sarapan yang lebih sihat serta mengekalkan gaya hidup aktif.

Dengan menggalakkan keluarga, khususnya golongan muda, untuk mengamalkan pilihan sarapan yang berkhasiat dan seimbang, MILO® berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk membentuk tabiat sihat yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.
Program Nestlé for Healthier Kids (N4HK) yang turut diadakan sempena siri jelajah ini juga membantu meningkatkan kesedaran mengenai pilihan pemakanan yang lebih sihat dan seimbang, yang dilihat dapat menyumbang kepada pembentukan amalan gaya hidup lebih baik serta kesejahteraan generasi muda dalam jangka panjang.
Siri jelajah nasional ini akan melabuhkan tirainya di Putrajaya pada 12 Julai 2026. Orang ramai dijemput untuk menjadi sebahagian daripada kemuncak penutup MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 yang akan mengakhiri siri jelajah ini dengan pagi yang penuh tenaga, di samping pelbagai aktiviti menarik dan sesi interaksi bersama keluarga yang bakal mencipta kenangan bermakna.