Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tersedar ketika tengah malam itu sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang, tetapi tersedar akibat mendengar ketukan di pintu boleh membuatkan sesiapa saja tidak senang duduk.
Lebih-lebih lagi bila identiti individu yang mengetuk pintu itu tidak diketahui.
Bayangkan tengah malam terdengar ketukan di pintu rumah, apabila keluar untuk melihat siapa di luar, rupanya tiada orang.
Itulah yang dialami oleh penduduk di sekitar Alor Setar dan Langgar ketika ini.
Sejak semalam, media sosial terutamanya di Threads kecoh dengan dakwaan dari penduduk di situ yang mendengar ketukan sekitar jam 11 malam hingga 2 pagi.
"Taman Lelasari pun kena.. Area Langgar memang qeyuh kena ketuk-ketuk pintu semalam eh.. rumah kiter pun kena.. ampa dengaq la sendiri bunyi real wehh.. kuat pulak tu dia ketuk.. masalahnya takdak pulak orang..
"Serammmm sebab kuat bunyinya.." komen seorang lagi.


Sehingga kini, tidak dapat dipastikan punca ketukan yang dialami oleh mereka.
Namun, ada juga yang mengaitkan kejadian itu dengan perkara mistik.
Susulan itu, ramai yang turut memberikan nasihat untuk tidak membuka pintu sekiranya terdengar bunyi ketukan pada lewat malam selain menyarankan untuk membaca doa sebagai 'pagar' rumah masing-masing.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan