Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Misteri Dua Rangka Manusia Atas Bumbung Bangunan Di Sitiawan

dua rangka manusia sitiawan
Kredit: BERNAMA

Misteri Dua Rangka Manusia Atas Bumbung Bangunan Di Sitiawan

IPOH, 16 Okt (Bernama) — Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan, sebuah bank di Sitiawan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan penemuan itu pukul 10.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan salotip berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

BACA: Misteri ‘Kelibat’ Berpakaian Serba Hitam Di Stadium Terungkai, Rupanya Promosi Filem

Beliau berkata turut ditemukan di lokasi tersebut ialah cebisan baju kotor kemeja putih, sarung bantal biru, bungkusan plastik merah berisi, disyaki tengkorak manusia setiap satu dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Katanya rangka tersebut telah dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Misteri Kehilangan Terjawab, Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Kebun