Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mohon Doa Buat Jibob Raja Lawak, Alami Pendarahan Dalam Kepala Lepas Terjatuh Di Rumah

Seorang pelawak tanah air yang pernah menyertai rancangan realiti TV Raja Lawak 5 iaitu Gbob dikhabarkan tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan pada malam semalam.

Gbob atau nama sebenar Mohd Hamizi bin Hashim yang dikatakan terjatuh di rumahnya dan telah menjalani pembedahan untuk buang darah beku dalam kepalanya.

Berita ini disampaikan oleh rakan artis yang rapat dengannya iaitu Amir Raja Lawak melalui laman Instagramnya.

ADA BENDA KAMI NAK SAMPAIKAN

Salam.. Ada sedikit berita sedih nk bagitau.. Sahabat kami dari family raja lawak iaitu @jibob_official terjatuh masa di rumahnya pada pagi semalam dan x sedarkan diri,sekarang berada di hospital HKL..

Info terkini jibob berada dalam bilik pembedahan utk buang darah beku dalam kepala.. In shaa Allah tak ada apa-apa yg buruk, JANGAN BUAT SPEKULASI BUKAN-BUKAN

Yang mana nak salurkan sumbangan untuk meringankan sedikit urusan keluarga jibob, boleh bankin melalui nombo akaun isteri jibob iaitu Siti Aisyah binti Wahiddin 1143 0207 5393 (maybank), selain nombor ini jangan masukkan!

Doa yang baik-baik utk jibob dan family,in shaa Allah.. Semoga jibob cepat sembuh dan dipermudahkan urusan keluarga jibob, aamiin ya mujib.. Yang mana ada nombor Gbob boleh call terus senang isteri dia jawab,wasap x boleh bukak sbb isteri jibob x tau password.. Rakan media yang nak nombor isteri jibob boleh wasap saya personal.

Sumber: Amir Raja Lawak