Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Kredit: Bernama

MOT Tegaskan Pelantikan Ejen Pemungut Tidak Jejas Sistem MyJPJ

Azzwin

MOT Tegaskan Pelantikan Ejen Pemungut Tidak Jejas Sistem MyJPJ

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Pelantikan syarikat sebagai ejen pemungut bagi beberapa urusan pengangkutan tidak akan menjejaskan atau mengambil alih sistem MyJPJ, demikian persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata syarikat berkenaan hanya berperanan sebagai pemungut dilantik bagi pihak kerajaan, sama seperti agensi-agensi lain yang diberi kuasa mengutip bayaran tertentu.

“Mereka adalah pemungut sahaja. Mereka tiada kaitan dengan MyJPJ… tidak akan sentuh, tidak akan diusir ataupun MyJPJ diambil alih oleh Rider Gate ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ng Keng Heng semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan pelbagai proses pendigitalan melalui aplikasi MyJPJ termasuk notifikasi tamat tempoh lesen, urusan pembaharuan serta pembayaran sama, sekali gus meningkatkan ketelusan dan mengurangkan risiko kesilapan manual.

Mengenai soalan asal oleh Senator Datuk Salehuddin Saidin berhubung pendekatan penggunaan teknologi moden dalam menguatkuasakan undang-undang pengangkutan, Hasbi berkata penggunaan alat perakam badan (BWC) adalah bagi meningkatkan integriti dan ketelusan penguatkuasaan.

Beliau berkata JPJ juga akan meneruskan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selain cadangan penggunaan High-Speed Weigh-in-Motion (HSWIM) untuk mengesan kesalahan lebih muatan.

Pada masa sama, Hasbi berkata kementerian turut merancang pembangunan pangkalan data pemandu kenderaan berat bagi memastikan hanya mereka yang memenuhi syarat keselamatan dilantik oleh syarikat pengendali.

Menjawab kebimbangan berhubung kos perolehan teknologi moden seperti BWC yang mencecah kira-kira RM23,000 seunit, Hasbi berkata harga pasaran bagi peralatan keselamatan dijangka menurun apabila penggunaannya semakin meluas.

BACA: Lelaki Hidup Dengan Pemetik Api Dalam Perut Selama 30 Tahun

Sumber: Bernama