Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku pada setiap hari disebabkan beberapa faktor utama. Apabila berlakunya kemalangan, terdapat segelintir pengguna jalan raya akan menghentikan kenderaan mereka bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Sikap prihatin yang dipamerkan oleh segelintir masyarakat ini bukan hanya terhad kepada sesuatu kaum sahaja, namun secara menyeluruh seperti yang menjadi kebiasaan di negara yang berbilang kaum ini.
Menerusi perkongsian seorang mangsa kemalangan melalui laman Facebook Nat Tee, dia menceritakan terdapat seorang lelaki yang sanggup membantunya walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Dalam pada itu, ada beberapa pihak yang berhati mulia membuat sumbangan kepada lelaki berkenaan.


Menerusi insiden ini, jelaslah bahawa rakyat Malaysia mempunyai hati budi yang mulia dengan membantu orang yang ditimpa musibah walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum di Malaysia bukanlah penghalang bagi kita untuk menzahirkan kebaikan yang ada di dalam diri kita.
Sumber: Nat Tee
