Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

MR D.I.Y. Meriahkan Merdeka dengan “Bersama Satu Bazaar”

Amira

MR D.I.Y. Meriahkan Merdeka dengan “Bersama Satu Bazaar”

KUALA LUMPUR, 2 September 2025 – Suasana sambutan Hari Merdeka ke-68 tahun ini bertambah meriah dengan kembalinya acara “Bersama Satu Bazaar” anjuran Kumpulan MR D.I.Y. Berhad . Acara selama empat hari yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 1 September 2025 di Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway Pyramid itu berjaya menarik ramai pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Menampilkan lebih 100 gerai makanan dan gaya hidup, bazaar ini menjadi tumpuan keluarga serta anak muda yang ingin menikmati juadah tempatan seperti nasi lemak, laksa, burger, mi, roti canai, pencuci mulut dan pelbagai minuman popular. Turut memeriahkan suasana ialah jenama terkenal seperti Coca-Cola, ZUS Coffee, Tealive dan Oriental Kopi, di samping jenama-jenama di bawah Kumpulan MR D.I.Y. sendiri iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR.

Selain membeli-belah dan menjamu selera, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan budaya dan kontemporari, bengkel kreatif, permainan interaktif, bubble dome, taman permainan belon gergasi serta zoo mini. Acara ini benar-benar menjadi destinasi riang untuk seisi keluarga sepanjang cuti Merdeka.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, “‘Bersama Satu Bazaar’ yang pertama menerima sambutan yang amat memberangsangkan dari rakyat Malaysia. Jadi tahun ini, kami bawakan kembali acara ini, kali ini di lokasi baharu agar lebih ramai dapat menyertainya.

“Acara ini menyatukan rakyat Malaysia dalam meraikan Hari Merdeka, di samping menyokong perniagaan, usahawan dan penggiat seni tempatan. Sebagai jenama kelahiran Malaysia, MR D.I.Y. bukan sahaja komited dalam menyediakan produk-produk berkualiti pada harga ‘Always Low Prices’, tetapi juga dalam mencipta pengalaman bermakna yang menyatukan masyarakat.”

Acara ini turut dimeriahkan dengan Cabaran Pasport Bazaar di mana pengunjung berpeluang mengumpul setem bagi menebus beg tote percuma serta menyertai cabutan bertuah bernilai sehingga RM8,000.

Sebagai tambahan, MR D.I.Y. juga melancarkan promosi istimewa untuk 98 produk terpilih di semua cawangan seluruh negara sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Bersama Satu Bazaar” sekali lagi membuktikan bahawa ia bukan sekadar acara membeli-belah, tetapi satu platform yang mengangkat semangat kebersamaan, menyokong perniagaan tempatan dan memberi kegembiraan kepada rakyat Malaysia sempena bulan kemerdekaan.