Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MSIG Malaysia Perkukuh Komitmen Jangka Panjang Terhadap Daya Tahan Komuniti Menerusi Kerjasama Dengan EPIC Homes

EPIC Homes

Inisiatif menggabungkan bantuan perumahan dan perlindungan insurans kebakaran bagi memberikan jaminan kewangan yang lebih kukuh kepada keluarga Orang Asli

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2026 — MSIG Insurance (Malaysia) Bhd (“MSIG Malaysia”), syarikat insurans kebakaran ketiga terbesar di negara ini, menegaskan semula komitmen jangka panjangnya untuk memperkukuh daya tahan komuniti menerusi kerjasama berterusan dengan EPIC Homes. Inisiatif ini mencerminkan usaha bersama MSIG Malaysia dan EPIC Homes dalam membantu keluarga Orang Asli melalui penyediaan kediaman serta perlindungan insurans kebakaran.

Menerusi kerjasama yang telah lama terjalin ini, MSIG Malaysia terus menyediakan perlindungan insurans kebakaran untuk kediaman yang dibina oleh EPIC Homes bagi keluarga Orang Asli. Perlindungan ini membantu keluarga berkenaan menangani kesan kewangan akibat kejadian tidak dijangka, di samping memperkukuh daya tahan komuniti Orang Asli untuk jangka panjang. Usaha ini turut mencerminkan komitmen berterusan MSIG Malaysia untuk melindungi komuniti melangkaui penyelesaian insurans konvensional.

Pada tahun ini, MSIG Malaysia membantu keluarga Orang Asli di Simpang Pulai menerusi pembinaan dua buah rumah baharu. Pada Julai lalu, seramai 31 kakitangan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Ang Yien Chia, berganding bahu bersama sukarelawan EPIC Homes selama tiga hari untuk menyiapkan rumah pertama. Pada September, seramai 25 lagi kakitangan turut menyumbang tenaga dalam pembinaan rumah kedua. Usaha ini telah membantu keluarga penerima menikmati keadaan tempat tinggal yang lebih baik dan kehidupan yang lebih stabil.

Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Insurance (Malaysia) Bhd, Puan Ang Yien Chia, berkata:

“Kami mahu pemilik rumah dalam kalangan masyarakat Orang Asli berasa lebih yakin kerana mereka mempunyai sokongan kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka. Kepentingan perlindungan ini telah terbukti. Pada 2025, sebuah rumah yang dilindungi di bawah program ini mengalami kerosakan akibat ribut dan tuntutan insurans yang diterima telah membantu membiayai kerja pembaikan yang diperlukan.

“Kejadian ini membuktikan betapa pentingnya peranan insurans dalam membantu keluarga pulih dengan lebih cepat, di samping melindungi kediaman yang telah dibina dengan penuh usaha. Menerusi kerjasama berterusan dengan EPIC Homes, kami kekal komited untuk memperkukuh daya tahan komuniti yang kurang mendapat akses kepada sokongan dan kemudahan.”

Sehingga Ogos 2026, MSIG Malaysia telah membantu melindungi lebih 300 buah rumah sejak memulakan kerjasama dengan EPIC Homes pada 2018. Kerjasama ini menyokong keluarga Orang Asli dengan menggabungkan inisiatif perumahan mampan dan perlindungan insurans kebakaran, sekali gus memperkukuh daya tahan komuniti berkenaan untuk jangka panjang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Homes, Encik John-Son Oei, berkata:

“Kami amat menghargai kesinambungan kerjasama dengan MSIG Malaysia. Komitmen teguh mereka telah membantu mengubah kehidupan keluarga menerusi penyediaan kediaman yang selamat dan bermaruah. Membina sebuah rumah bukan sekadar mendirikan dinding dan bumbung. Ia menyediakan asas untuk sesebuah keluarga menjalani kehidupan dengan lebih selamat dan stabil, serta menaruh harapan terhadap masa hadapan.

“Kerjasama ini menjadi lebih bermakna apabila MSIG Malaysia meneruskan sokongannya selepas rumah siap dibina dengan menyediakan perlindungan insurans kebakaran. Langkah yang penuh keprihatinan ini memberikan jaminan kewangan yang lebih kukuh kepada keluarga penerima, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan daya tahan jangka panjang dan persediaan kewangan. Bersama-sama, kami mewujudkan impak mampan yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada setiap keluarga, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.”

Kerjasama berterusan dengan EPIC Homes menterjemahkan komitmen MSIG Malaysia untuk memperjuangkan inisiatif yang inklusif dan memperkasa komuniti kepada tindakan bermakna menerusi sumbangan dana, kesukarelawanan kakitangan serta penyediaan perlindungan insurans untuk komuniti Orang Asli.