Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Muka Pucat, Luka Sana Sini,” ‘Food Rider’ Gigih Hantar Pesanan Walaupun Baru Lepas Kemalangan

Gambar Hiasan via Google
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Penghantar makanan pada waktu ini boleh dikatakan sebagai antara golongan yang paling sibuk ke sana dan ke sini bagi menghantar pesanan.

Tanpa menghiraukan panas terik, lapar dan dahaga, mereka ini adalah antara kategori ‘frontliner’ yang wajar dipuji kerana sanggup merisikokan nyawa mereka demi memastikan orang ramai tidak perlu merbahayakan diri keluar dari rumah untuk membeli makanan.

Seorang pengguna Twitter bernama @akuikmalhanif dalam satu ciapannya ada berkongsikan tentang seorang penghantar makanan yang mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menghantar pesanan makanan kepadanya.

Menurutnya, penghantar makanan tersebut sanggup mengetepikan kesakitan dan kecederaannya demi memastikan pesanan yang diamanahkan kepadanya itu sampai kepada tuannya.

Keikhlasan penghantar makanan itu seterusnya telah membuatkannya menjadi sebak dan bersyukur kerana dipertemukan dengan seseorang yang amanah serta bertanggungjawab dalam melakukan kerja demi mencari rezeki halal.

Sememangnya bekerja sebagai penghantar makanan mempunyai pelbagai risiko. Perkara ini adalah kerana kebanyakan mereka menunggang motosikal dan juga terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.

Walau bagaimanapun, amatlah diharapkan agar urusan semua penghantar makanan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

Sumber: Twitter