Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Murid 11 Tahun Lemas Ketika Serta Program Sokongan Keyakinan Air

Sofea
Kredit: Bernama

Murid 11 Tahun Lemas Ketika Serta Program Sokongan Keyakinan Air

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Seorang murid lelaki berumur 11 tahun dari sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur meninggal dunia semalam selepas dua hari mendapat rawatan setelah lemas ketika menjalani program sokongan keyakinan air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur CP Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang menimpa murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) itu pada hari sama kejadian berlaku.

“Mangsa telah dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) namun disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang, semalam.

“Jenazah murid berkenaan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Syuhada, Sungai Udang, Melaka dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Bernama