Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Murid Tujuh Tahun Maut Selepas Dilanggar Bas Sekolah

Murid Tujuh Tahun Maut
Kredit: Bernama

Murid Tujuh Tahun Maut Selepas Dilanggar Bas Sekolah

Seorang murid lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah dalam kejadian di Jalan Bunga Raya 3, Taman Sri Lalang, Kluang pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata siasatan mendapati sebuah bas sekolah jenis Hino yang dipandu oleh seorang wanita warga tempatan berusia 36 tahun menurunkan murid terbabit di Jalan Bunga Raya.

"Setelah turunkan murid lelaki terbabit, bas sekolah tersebut telah membelok ke Jalan Bunga Raya 3 dan dipercayai telah melanggar murid sekolah terbabit yang berada di sebelah kiri Jalan Bunga Raya 3.

"Akibat pelanggaran tersebut, murid terbabit telah jatuh atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Bahrin berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis Daerah Kluang menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, bertimbang rasa serta mematuhi undang-undang di atas jalan raya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Khususnya pemandu bas sekolah perlu memastikan keselamatan pelajar sekolah yang menaiki bas sekolah mereka di tahap yang optimum sebelum meneruskan perjalanan mereka," ujarnya lagi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kemalangan tersebut boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian telefon (07-7784222), hotline (07-7766822), direct line (07-7784256) dan tablet DCC (014-365682).

Sumber:Facebook