Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Kredit: Nor Diyana Nor Mohamad

Nahas FRU: Isteri Koperal Haslizal Mohon Doa Supaya Suami Segera Sedar

Azizah Najib

IPOH, 15 Mei (Bernama) — Isteri Koperal Haslizal Mohd Ali, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang kritikal akibat kemalangan kenderaan pasukan itu di Teluk Intan Selasa lepas, memohon doa orang ramai supaya suaminya segera sedar dan kembali sembuh.

Siti Rafidah Kamis, 43, yang juga seorang guru berkata suaminya masih tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Teluk Intan kerana kecederaan pada tulang rusuk selain terdapat masalah pada paru-paru.

“Suami perlu ditidurkan. Memang susah hati (dengan keadaan itu), bagaimanapun saya difahamkan perkara itu adalah terbaik buat masa ini supaya suami tidak rasa sakit.

“Saya mohon semua mendoakan supaya suami cepat sedar. Kami sekeluarga amat rindu dan berharap suami segera kembali ke pangkuan keluarga,” kata ibu kepada tiga cahaya mata berusia antara lima hingga 14 tahun itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Siti Rafidah berkata semasa kejadian, suaminya yang telah 23 tahun berkhidmat, berada di bahagian belakang sebelah pemandu trak FRU dan impak perlanggaran menyebabkan tulang patah pada bahagian rusuk dan terkena pada paru-paru hingga mengakibatkan pendarahan dalaman.

Dalam kemalangan 8.50 pagi Selasa, sembilan anggota FRU maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak pasukan mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini.

Selain Haslizal, 44, dua lagi anggota FRU yang masih kritikal dan tidak sedarkan diri di ICU hospital sama ialah Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39.

Empat anggota cedera dan dirawat di hospital sama ialah Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli, 34; Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26; Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39, dan Sarjan Mohd Parih Ali, 44.

Sementara itu, isteri Koperal Mohd Izwan ketika dihubungi berkata suaminya mengalami pendarahan dalaman serius, trauma pada perut dan patah beberapa tulang badan.

BACA: Lapan Maut, Tiga Cedera Parah Kemalangan Libatkan Kenderaan FRU Di Teluk Intan – Polis

Nor Diyana Nor Mohamad, 39, berkata dia dimaklumkan Mohd Izwan mengalami patah kedua-dua tulang selangka, empat tulang rusuk kiri dan dua tulang rusuk kanan selain di bahagian pinggang yang masih tidak diketahui tahap kecederaan.

“Paru-paru telah ditebuk bagi mengeluarkan pendarahan pada organ itu manakala satu buah pinggang turut mengalami kecederaan dalaman,” katanya.

Nor Diyana berkata Mohd Izwan sempat meluangkan masa bersamanya sebelum menjalankan tugas ‘Ops Chariot’, malah beberapa hari sebelum kejadian ada bertanyakan kepadanya sama ada mahu menjaga sekiranya suaminya menjadi orang kurang upaya.

“Kalau abang lumpuh tak sempurna, sayang jaga tak orang cacat macam abang?,” katanya.

Menurutnya, pada Ahad lepas, Mohd Izwan juga sempat menyertai satu program larian di Pantai Remis, namun mengadu pening sejurus pulang ke rumah.

“Dia beritahu seperti nak muntah, macam kena goncang dalam kereta kotak. Saya beritahunya mungkin akibat tidak cukup tidur, tetapi apabila terjadi insiden ini mungkin itu petanda awal suami ditimpa kemalangan,” katanya.

Nor Diyana berkata ketika ini dia sekeluarga hanya mampu berdoa dan yakin suaminya akan sedar dan kembali sihat.

Sumber: BERNAMA