Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Tahanan Di Rumah, Tiada Alasan Diberi

BERNAMA

Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Tahanan Di Rumah, Tiada Alasan Diberi

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung titah adendum yang didakwa membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Susulan penarikan balik notis rayuan itu, Najib, 72, kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022.

Mahkamah Tinggi pada asalnya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap beliau dan keputusan itu kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, petisyen Najib untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022 menyaksikan Lembaga Pengampunan memendekkan tempoh hukuman penjara beliau kepada enam tahun dan mengurangkan dendanya kepada RM50 juta.

Melalui notis Tetuan Shafee & Co bertarikh 2 April lepas yang diperoleh media hari ini, firma guaman itu memberhentikan dan menarik balik rayuan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa sebarang perintah berhubung kos selain tiada alasan dinyatakan.

Berita lanjut menyusul