Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menjadi seseorang yang jenis makan banyak tapi tetap kurus dan langsing sememangnya menjadi impian ramai orang. Bayangkan boleh makan apa sahaja dengan kuantiti yang tiada limit, ia pasti sangat menyeronokkan. Namun, sepertinya impian tersebut hanya berlaku kepada sesetengah orang sahaja.
Janganlah anda lemah semangat dengan kenyataan tersebut kerana masih ada jalan dan usaha yang perlu anda lakukan. Terdapat beberapa jenis makanan yang dicipta untuk membuatkan anda kenyang dalam jangka masa yang lebih lama.
Oleh itu, Hello Doktor ada berkongsi satu artikel berkaitan lapan makanan yang boleh membuatkan seseorang kenyang dalam jangka masa yang lebih lama. Anda nak kurus tanpa berlapar, jom baca artikel ini sampai habis.
Terdapat pelbagai makanan yang mengenyangkan dan boleh memuaskan kelaparan anda dengan cara yang berbeza.
Sebagai contoh, 200 kalori daripada daging boleh memenuhi keinginan anda tetapi 200 kalori brokoli pasti boleh mengisi perut anda.
Pakar pemakanan telah mengkaji rasa ‘kenyang’ selama lebih daripada satu dekad. Mereka mendapati bahawa protein mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan.
Oleh itu, ia akan membuat perasaan kenyang tahan lebih lama. Makanan yang tinggi dalam kandungan air dan serat juga boleh membantu rasa kenyang.
Oleh itu, cubalah makan lapan makanan tersebut untuk kekal kenyang namun tetap kurus dalam masa yang sama. Lapan makanan tersebut sangatlah membantu sekiranya anda sedang bertarung untuk kurus. Tambah sedikit dengan beberapa senaman mudah, impian anda untuk kurus pasti bukan angan-angan lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Hello Doktor