Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Nak Travel ke China? Ini Syarat Terkini Untuk Powerbank
Seiring perkembangan teknologi dan keperluan harian, powerbank kini seakan menjadi teman setia para pelancong.
Tidak kira ke mana destinasi, ramai yang memilih untuk membawa powerbank sebagai langkah berjaga-jaga supaya telefon pintar sentiasa bertenaga.
Malah, kebergantungan pada peranti mudah alih menjadikan powerbank satu keperluan asas yang jarang ditinggalkan.
China sejak sekian lama memang terkenal sebagai salah satu destinasi pilihan rakyat Malaysia. Sama ada untuk membeli-belah, urusan perniagaan atau sekadar bercuti menikmati budaya dan pemandangan menariknya, negara ini sentiasa menjadi tumpuan.
Namun jika anda merancang untuk melancong ke China, ada peraturan baharu yang wajar anda ambil tahu . Terutama jika anda menaiki penerbangan domestik di dalam negara tersebut.
Mulai 28 Jun 2025, China telah memperkenalkan peraturan yang ketat berhubung penggunaan powerbank dalam penerbangan domestik.
Setiap powerbank wajib mempunyai cap “3C” atau CCC (China Compulsory Certificate) yang sah dan jelas kelihatan. Tanpa logo ini, penumpang berisiko tinggi untuk dikenakan sekatan.
BACA : 10 Lokasi Terbaik “Sunrise & Sunset” Di Lembah Klang
Powerbank anda boleh disita di pintu pemeriksaan keselamatan dan paling buruk, anda boleh dihalang menaiki kapal terbang.
Beberapa lapangan terbang di China dilaporkan sudah mula melaksanakan pemeriksaan ketat lebih awal, sejak hujung Jun 2025.
Berita baiknya, peraturan ini tidak terpakai untuk penerbangan antarabangsa. Sekiranya anda berlepas dari Malaysia terus ke mana-mana bandar di China, anda masih boleh membawa powerbank tanpa cap 3C.
Maksimum dua unit powerbank dengan kapasiti sehingga 100 Wh setiap satu (kira-kira 20,000 mAh @ 5 V).
Jika kapasiti antara 100–160 Wh, hanya satu unit dibenarkan dan anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada syarikat penerbangan.
Jika melebihi 160 Wh, sama sekali tidak dibenarkan dibawa naik ke dalam pesawat.
Satu lagi perkara penting iaitu powerbank wajib disimpan dalam bagasi kabin dan bukan di dalam bagasi daftar masuk.
Sepanjang penerbangan, powerbank juga tidak boleh digunakan atau dicaj dan penumpang digalakkan memastikan peranti berada dalam keadaan tertutup sepenuhnya.
Perlu diingat, cabaran timbul jika anda bercadang menaiki penerbangan sambungan domestik sebaik tiba di China. Contohnya, jika anda tiba di Guangzhou kemudian meneruskan penerbangan ke Beijing maka peraturan cap 3C akan terpakai.
Dalam kes begini, sebaiknya anda semak terlebih dahulu sama ada powerbank anda mempunyai logo 3C dan bukan model yang pernah ditarik balik (recalled).
Anda boleh membuat semakan di laman rasmi mereka iaitu SAMR Defective Product Technical Center atau bertanya terus dengan syarikat penerbangan yang akan dinaiki.
Sebagai langkah persediaan, pastikan juga anda tahu cara mengira kapasiti sebenar dalam Wh. Caranya mudah: Wh = (mAh × V) ÷ 1000.
Kebanyakan powerbank mudah alih pada masa kini mempunyai kapasiti sekitar 10,000–20,000 mAh dengan voltan 5 V, jadi masih selamat dibawa.
Ringkasnya, bagi pelancong Malaysia yang hanya menaiki penerbangan antarabangsa terus ke China, syarat cap 3C ini tidak perlu dirisaukan.
Namun patuhi had kapasiti, bawa dalam beg tangan dan pastikan tidak melanggar peraturan penggunaan di dalam pesawat.
Kesimpulannya, sedikit perhatian dan persediaan awal boleh menyelamatkan anda daripada sebarang masalah di pintu keselamatan lapangan terbang.
Powerbank yang betul bukan sahaja memudahkan perjalanan malah mengelakkan anda daripada kerugian dan kesulitan. Jadi semak peraturan, pastikan spesifikasi dan nikmati percutian ke China dengan hati yang tenang.
Sumber : chinatravelnews