Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Negara Masuki Fasa Monsun Barat Daya Hari Ini, Orang Ramai Dinasihat Peka - Ahmad Zahid

Fasa Monsun Barat Daya
Kredit: Bernama

Negara Masuki Fasa Monsun Barat Daya Hari Ini, Orang Ramai Dinasihat Peka - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa susulan negara dijangka memasuki fasa Monsun Barat Daya bermula hari ini hingga September.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata fasa monsun itu lazimnya membawa taburan hujan lebih rendah selain cuaca lebih panas dan kering di kebanyakan kawasan.

"Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa, menggunakan air secara berhemat serta mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu dan pencemaran alam sekitar," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata hujan lebat, angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di beberapa kawasan tertentu dalam tempoh berkenaan.

Fenomena garis badai itu berpotensi berlaku di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah terutama pada awal pagi dan boleh berlarutan hingga beberapa jam.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar sentiasa berwaspada dan merujuk maklumat cuaca terkini yang sahih melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

"Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan, insya-Allah," katanya.

Sumber:bernama