Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nenek Dan Cucu Maut, Kereta Dipandu Cucu Rempuh Pokok di Pasir Mas

maut
Kredit: Polis Daerah Pasir Mas

KOTA BHARU, 24 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita warga emas dan cucunya maut selepas kereta jenis Perodua Axia yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, berhampiran Culvert 5, Pasir Mas, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi, wanita berusia 73 tahun yang duduk di tempat duduk belakang meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala cucunya, seorang wanita berusia 23 tahun yang merupakan penumpang hadapan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mazlan Hassan berkata kereta itu dipandu seorang lagi cucu mangsa, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mengalami patah pergelangan tangan serta kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama.

“Mangsa membabitkan tiga wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu seorang nenek bersama dua cucunya dan mereka dalam perjalanan dari Pasir Mas menuju ke Rantau Panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Seorang nenek dan cucunya maut selepas kereta dinaiki terbabas lalu merempuh pokok.
  • Kejadian berlaku kira-kira 11.20 pagi di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, berhampiran Culvert 5.
  • Pemandu berusia 18 tahun cedera dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Pasir Mas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan